بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Monday, December 1, 2014

Al-Fatihah (Pembuka)





Ada sebuah hadis yang menceritakan tentang manfaat Al-Fatihah. 


Jika kamu membaca Al-Fatihah terutamanya ketika kamu solat, kamu seperti sedang berdialog. Maksudnya setiap ayat yang kamu ucapkan terus mendapat jawapan daripada Allah. Jadi, ketika membaca Al-Fatihah, kamu seperti berbicara dengan Allah. Dan tahukah kamu, ketika itu Allah berjanji akan memberikan kamu segala sesuatu yang terbaik, yang membuat kamu menjadi luar biasa.



Menurut Tafsir al-Amtsal, Tafsir al-Mizan, Tafsir al-Furqan dan Uyun Akhbar al-Ridha diceritakan bahawa:




"Jika seorang hamba berkata,  Bismillahirrahmanirrahim

Allah SWT akan berkata,
"Hamba-ku memulakan dengan nama-Ku. Wajib bagi-Ku untuk menyempurnakan segala urusannya dan memberkati dia dalam segala keadaannya."



Sewaktu hamba-Nya berkata, Alhamdulillahirabbilalamin

Allah SWT berkata, 
"Hamba-Ku memuji-Ku dan mengakui bahawa segala nikmat yang ada padanya berasal daripada-Ku. Segala bencana Aku palingkan darinya dengan anugerah-Ku, Aku minta kalian bersaksi bahawa akan Aku tambahkan padanya nikmat dunia dan akhirat. Akan Aku tolakkan darinya bencana akhirat sebagaimana Aku lepaskan darinya bencana dunia."



Ketika hamba-Nya berkata, Arrahmanirrahim,

Allah SWT berkata, 
"Hamba-Ku bersaksi bahawa Aku Maha Kasih dan Maha Sayang. Aku minta kalian bersaksi, akan Aku curahkan bahagiannya dari limpahan kasih-Ku dan akan Aku berikan haknya dari seluruh kurnia-Ku."



Ketika hamba-Nya berkata Maliki yawmiddin,

Allah SWT akan berkata,
"Aku minta kalian bersaksi sebagaimana dia mengakui bahawa Aku adalah PEnguasa pada Hari Pembalasan, akan Aku terima segala kebaikannya dan akan Aku ampuni segala kesalahannya."



Jika hamba-Nya berkata Iyyakana'budu,

Allah SWT akan berfirman,
"Benar kalian bersaksi, sungguh akan Aku balas diaa untuk segala yang menentangnya dalam beribadat kepada-Ku."



Ketika hamba-Nya berkata wa-Iyyakanasta'in,

Allah SWT berfirman,
"Kepada-Ku hamba-Ku memohon pertolongan. Kepada-Ku dia mencari perlindungan. Aku minta kalian bersaksi, sungguh Aku akan menolong urusannya. Aku akan bimbing tangannya dalam segala kesusahannya."



Ketika hamba-Nya berkata, Ihdinashiratal mustaqim sehingga Walladdallallin...

Allah SWT akan berkata,
"Inilah hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta. Aku sudah memenuhi permintaan hamba-Ku. Aku sudah memberikan kepadanya apa yang dia harapkan dan Aku telah mententeramkannya dari apa yang dia takutkan.



Wah... tak sangkakan bahawa surah Al-Fatihah sungguh luar biasa. Sekali membaca surah Al-Fatihah, Allah terus menjanjikan banyak perkara yang membuatkan dirinya menjadi luar biasa.




Caranya ialah kita harus memahami apa yang kita ucapkan. Kita harus memahami ayat demi ayat dari surah Al-Fatihah.




Insya Allah.




Syila rapal


Thursday, July 3, 2014

Ujian itu Rahsia Allah SWT


Bismilahhirrahmannirrahim



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan dibberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini. Tiada pun dari kita semua tidak di timpa masalah atau musibah. Setiap orang pasti ada masalahnya tersendiri. Allah menguji setiap hambaNya dengan berbagai-bagai bentuk ujian tetapi dengan sebab yang sama.


Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsiaNya. Itu semua adalah Allah sayang kepada hamba-hambaNya.


Sesuatu ujian itu dapat membuka mata hati kita, mendidik kita supaya belajar jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang penuh dengan onak duri. Selain itu juga untuk mengukur sejauh mana keimanan kita terhadap Yang Maha Pencipta.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya atau mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang seharusnya kita mengadu segala masalah yang tiba. Pada siapakah perlu minta kembalikan kekuatan kita dalam menempuh kehidupan ini. Astagfirullah, betapa lemah dan rendahnya keimanan kita.


Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Usahlah kita beranggapan bahawa hanya kita seorang sahaja yang menghadapi ujian Allah. Masih ada lagi mereka yang di uji oleh Allah malahan lebih teruk dari yang kita sangkakan. 


Allah telah berkata di dalam Al-Quran:
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itulah Allah berikan ujian ke atas diri kita. Allah lebih pengasih daripada segala yang penyayang.


Kerana tanda kasih sayang maka Allah menguji seseorang. Kita di uji bukan kerana Allah benci pada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahu rahsia di dalamnya. 
Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika rasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, hanya Allah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu kepadaNya, teruskanlah meminta-minta serta memohon kepada Allah SWT. Ingatlah selalu yang Allah tidak pernah jemu mendengar setiap rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar. Pintalah dengan berdoa kepada Allah menggunakan nama-nama baik Allah, Asmaul Husna. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar semua doa hambaNya.


Dekatkanlah diri kita dengan Pencipta yang Menguasai Seluruh Alam, Dialah yang memegang hati-hati hambaNya. Di samping berdoa perlulah berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuar hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan bisikan syaitan. Cariah kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita sendiri. 


Yakin pada diri sendiri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah biarkan kelemahan mengalahkan kekuatan kita kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut untuk kita terus lemah-selemahnya.


Carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat ketika kita rasa tidak kuat. Pentingnya mencari sahabat yang sentiasa memberi semangat kepada kita.


Ujian datang dengan berbagai bentuk, jadi sentiasalah bersedia menghadapi setiap ujian. Betapa beruntungnya bagi mereka yang sentiasa terpilih untuk diberikan ujian. Itulah tandanya Allah SWT sayang kepadanya. 


Mudah-mudahan kita semua sentiasa menjadi hambaNya yang redha atas ujian dan ketentuan Allah SWT. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik. Allah Pengatur yang terbaik.


Syila Rapal

Tuesday, April 8, 2014

Doa Pagi Ini

Bismillahhirrahmannirrahim


Ya Allah, bila pagi ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang. Bila hati kami kotor, sucikanlah. Bila hati terluka perih, sembuhkanlah.


Kami mohon ubahlah kesedihan siapapun yang membaca doa ini menjadi kebahagiaan. Dan ubahlah setiap air mata yang mengalir dipipi menjadi kurniaMu dalam hidup kami. Jadikanlah airmata-airmata yang mengalir ini, menjadi butiran mutiara kehidupan baginya. Dunia ini dan akhir nanti.



Ya Allah, ditengah badai kehidupan datang menghempas, hilangkanlah segala deritanya, Bangkitkan semangat untuk terus berjuang bagi orang yang kelelahan, Kucurkanlah mata air rahmat sebagai pelepas dahaga, Berikanlah semangat hidup bagi orang yang berputus asa.


Ya Allah jangan biarkan hati-hati yang berputus asa tenggelam dalam keputusannya. Jadikanlah apapun yang dihadapinya sebagai penuntun untuk lebih dekat dengan Mu, sebagai jalan untuk masa depan yang lebih baik, lebih indah dan lebih membahagiakan.


Ya Allah, Berilah kami pemahaman bahawa sesungguhnya memberi maaf adalah jalan untuk mendekatkan diri kepadaMU & berilah petunjuk kepada hati kami agar mudah bagi kami untuk memberi maaf pada orang yang salah pada kami.


Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami dan jauhilah kami dari kesalahan kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.


Aamiin Ya Allah..aamiin Ya Rabbal alamiin


Syila Rapal