بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Monday, December 1, 2014

Al-Fatihah (Pembuka)





Ada sebuah hadis yang menceritakan tentang manfaat Al-Fatihah. 


Jika kamu membaca Al-Fatihah terutamanya ketika kamu solat, kamu seperti sedang berdialog. Maksudnya setiap ayat yang kamu ucapkan terus mendapat jawapan daripada Allah. Jadi, ketika membaca Al-Fatihah, kamu seperti berbicara dengan Allah. Dan tahukah kamu, ketika itu Allah berjanji akan memberikan kamu segala sesuatu yang terbaik, yang membuat kamu menjadi luar biasa.



Menurut Tafsir al-Amtsal, Tafsir al-Mizan, Tafsir al-Furqan dan Uyun Akhbar al-Ridha diceritakan bahawa:




"Jika seorang hamba berkata,  Bismillahirrahmanirrahim

Allah SWT akan berkata,
"Hamba-ku memulakan dengan nama-Ku. Wajib bagi-Ku untuk menyempurnakan segala urusannya dan memberkati dia dalam segala keadaannya."



Sewaktu hamba-Nya berkata, Alhamdulillahirabbilalamin

Allah SWT berkata, 
"Hamba-Ku memuji-Ku dan mengakui bahawa segala nikmat yang ada padanya berasal daripada-Ku. Segala bencana Aku palingkan darinya dengan anugerah-Ku, Aku minta kalian bersaksi bahawa akan Aku tambahkan padanya nikmat dunia dan akhirat. Akan Aku tolakkan darinya bencana akhirat sebagaimana Aku lepaskan darinya bencana dunia."



Ketika hamba-Nya berkata, Arrahmanirrahim,

Allah SWT berkata, 
"Hamba-Ku bersaksi bahawa Aku Maha Kasih dan Maha Sayang. Aku minta kalian bersaksi, akan Aku curahkan bahagiannya dari limpahan kasih-Ku dan akan Aku berikan haknya dari seluruh kurnia-Ku."



Ketika hamba-Nya berkata Maliki yawmiddin,

Allah SWT akan berkata,
"Aku minta kalian bersaksi sebagaimana dia mengakui bahawa Aku adalah PEnguasa pada Hari Pembalasan, akan Aku terima segala kebaikannya dan akan Aku ampuni segala kesalahannya."



Jika hamba-Nya berkata Iyyakana'budu,

Allah SWT akan berfirman,
"Benar kalian bersaksi, sungguh akan Aku balas diaa untuk segala yang menentangnya dalam beribadat kepada-Ku."



Ketika hamba-Nya berkata wa-Iyyakanasta'in,

Allah SWT berfirman,
"Kepada-Ku hamba-Ku memohon pertolongan. Kepada-Ku dia mencari perlindungan. Aku minta kalian bersaksi, sungguh Aku akan menolong urusannya. Aku akan bimbing tangannya dalam segala kesusahannya."



Ketika hamba-Nya berkata, Ihdinashiratal mustaqim sehingga Walladdallallin...

Allah SWT akan berkata,
"Inilah hamba-Ku dan bagi hamba-Ku apa yang dia minta. Aku sudah memenuhi permintaan hamba-Ku. Aku sudah memberikan kepadanya apa yang dia harapkan dan Aku telah mententeramkannya dari apa yang dia takutkan.



Wah... tak sangkakan bahawa surah Al-Fatihah sungguh luar biasa. Sekali membaca surah Al-Fatihah, Allah terus menjanjikan banyak perkara yang membuatkan dirinya menjadi luar biasa.




Caranya ialah kita harus memahami apa yang kita ucapkan. Kita harus memahami ayat demi ayat dari surah Al-Fatihah.




Insya Allah.




Syila rapal