بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Friday, December 4, 2015

Amin, Satu Kata untuk Pelebur Dosa


Sungguh, kita dapati sebahagian saudara kita begitu lalai membaca amin dalam solat padahal para ulama mengungkapkan bahawa kesempatan membaca amin dalam solat.


Rasulullah SAW bersabda:


"Jika seorang imam mengucapkan 'amin' maka ucapkanlah pula 'amin' kerana ungkapan amin seseorang yang bersesuaian dengan ungkapan amin para malaikat akan terampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

Hadis di atas diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


FAWA'ID AL-HADITS:

Faidah Pertama: Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan amin?
Ungkapan amin bermakna ' Allahumma Istajib '(Ya Allah, kabulkanlah).

Faidah Kedua: Apa hikmah mengucapkan amin selepas imam selesai membaca alfatihah?
Secara umum, dalam setiap kebaikan yang diperintahkan oleh Islam mengandungi begitu banyak hikmah dan kebaikan untuk manusia itu sendiri. Ini sesuai dengan salah satu kaidah agung yang ditetapkan Islam:
الدين جاء لسعادة البشر
" Islam terbit untuk kebahagiaan manusia "
Dalam hadis ini terdapat sebuah pelajaran yang mulia nan agung iaitu pensyariatan ungkapan amin dan keutamaan yang diperoleh bagi orang yang mengucapkannya.
Surat al-Fatihah mengandung do'a teragung, termulia dan terbaik seperti yang diungkpakan para ulama dalam kitab mereka. Secara umum, dalam kitab-kitab yang mensyarah hadis ini, didedahkan bahawa pensyariatan amin dikaitkan dengan doa yang termaktub dalam al-Fatihah.

Faidah Ketiga: Bilakah amin diucapkan?
Para ulama menjelaskan bahawa amin diucapkan beberapa saat setelah imam selesai membaca surat al-Fatihah.

Faidah Keempat: Apakah ma'mum mengucapkan amin mendahului imam atau selepas ungkapan amin sang imam?
Dari hadis tersebut nampak bahawa amin sang imam lebih dahulu dibanding amin ma'mum namun jumhur ulama menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan " ammana al-imam  ( أمن الإمام) "Adalah saat sang imam akan memulakan ungkapan amin. Saat inilah ma'mum bersegera mengucapkan amin sehingga ungkapan imam dan ma'mu menyatu dalam satu masa.

Faidah Kelima: Bolehkan ma'mum mendahului amin imam?
Tidak boleh bagi makmum mendahului unngkapan amin sang imam atau mengakhirkannya agar mendapat keutamaan besar yang disebutkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini.

Faidah Keenam: Apakah yang terhapus adalah semua jenis dosa?
Secara umum, dalam ilmu Usul Fiqh, lafaz "maa ( ما) "Adalah" isim maushul "yang bermakna umum. Artinya, berdasarkan redaksi di atas, dosa yang disebutkan mengandung dosa kecil dan besar.  Namun, para ulama yang meneliti nash mendedahkan bahawa pengguguran dosa yang dimaksudkan dalam hadis di atas dan hadis lain yang seumpamanya berkaitan dengan dosa kecil sahaja.
Syaikh 'Abdurrahman bin Nashir as-Sa'diy mendedahkan bahawa semua nash yang mengandung pengampunan dosa ditujukan terhadap dosa kecil, bukan dosa besar. Dosa besar gugur dengan taubat yang dilakukan seorang hamba.

Faidah Ketujuh: apa yang dimaksudkan dengan "muwaafaqah ( موافقة) / Berkesesuaian "?
Para ulama berbeza pendapat tentang makna " muwaafaqah  ( موافقة) / Berkesesuaian. "
1.  Kesamaan waktu.
Artinya, amin ma'mum dan amin para malaikat bersamaan di waktu yang sama. Kebersamaan do'a dan berpadunya waktu adalah salah satu factor diterimanya doa apalagi doa tersebut bersesuaian dengan doa para malaikat yang memang tidak bermaksiat kepada Allah, melakukan apa yang Allah perintahkan, bershaf-shaf di sisi Allah, bertasbih dan bersujud kepada Allah 'azza wajalla.
2.  Kesamaan ma'mum dengan sifat dan keadaan malaikat iaitu memandang kerendahan diri saat berdoa, menundukkan hati dan khusyu 'kerana Allah tidak menerima doa dari hati dan jiwa yang lalai.1


Faidah kelapan: Siapa malaikat yang disebutkan dalm hadith di atas?
Para ulama menjelaskan bahawa para malaikut pun mendengar bacaan imam. Hanya saja mereka berbeda pendapat tentang malaikat mana saja yang dimaksudkan dalam hadis di atas.

Syaikh 'Abdurrahman bin' Abdullah al-Bassam mendedahkan bahawa malaikat yang dimaksudkan adalah malaikat yang ikut menyaksikan solat tersebut baik malaikat yang ada di bumi maupun malaikat yang ada di langit.

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-'Utsaimin mendedahkan bahawa malaikat yang dimaksudkan hanyalah malaikat yang dibenarkan Allah untuk mengucapkan amin bersama orang yang solat. Dan ini tidak berlaku bagi malaikat yang tidak dibenarkan Allah.

Penutup:
Ada banyak sekali permasalahan fiqhiyyah yang berkaitan dengan hadis di atas, misalnya status hukum ucapan amin dalam solat, sama ada imam wajib membaca amin baik dengan mengeraskan hingga terdengar makmum atau dengan suara pelan, ataukah sebatas sunnah baginya, dan permasalahan lain.

Hanya saja, alangkah baiknya bagi imam dan makmum, dan ini begitu disyorkan para ulama, untuk membaca amin dalam waktu yang sama dengan suara yang terdengar sehingga mereka mendapat keutamaan penghapusan dosa. Begitu pula ketika membaca amin diharapkan dengan hati yang khsuyu 'penuh ketundukan sehingga menyerupai keadaan para mailaikat.

Sungguh, kita dapati sebahagian saudara kita begitu lalai membaca amin dalam solat padahal para ulama mengungkapkan bahawa kesempatan membaca amin dalam solat ini dengan ungkapan:
هذه غنيمة جليلة وفرصة ثمينة ألا وهي غفران الذنوب بأيسر الأسباب فلا يفوتها إلا محروم
" Ini adalah harta / kemenangan (peraihan sesuatu tanpa ada kesulitan sedikit pun -ed) yang mulia dan peluang yang begitu berharga iaitu pengampunan dosa dengan wasilah yang paling mudah. Orang yang terluput dari kesempatan ini hanyalah orang-orang yang memang diharamkan untuk meraihnya "
Wa'hualam

Syila Rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.