بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Saturday, May 25, 2013

5 Sebab Anda Sering Hilang Fokus

Pernah tak berlaku pada diri sendiri? Lupa menutup suis lampu dapur dan bilik, lupa menutup api di atas dapur sehingga air yang dijerang hampir kering, tertinggal kunci rumah di atas meja dan sebagainya sehingga membuatkan hari-hari yang kita lalui terasa begitu sukar sekali.



Hilang fokus sehingga tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya boleh terjadi dari sehari ke sehari. Berikut merupakan beberapa perkara yang dikenal pasti menjadi penyebabnya:





1. Teknolgi berlebihan

Lihat saja pelbagai gajet terkini yang melambak di pasaran. Semuanya mula bersaing untuk mendapatkan perhatian pengguna. Jadi, tidak hairanlah anda sukar untuk fokus. Otak anda boleh bertindak sebagai 'setiausaha' yang membuat anda terkawal.

Namun, semakin banyak yang cuba anda lakukan, semakin sukar pula untuk anda kekal fokus pada setiap tugasan. Jadi, lebih baiklah anda cuba berehat seketika dari televisyen, Internet, e-mel dan gajet mudah alih anda, sekurang-kurangnya setiap kali selepas makan malam atau sebelum mahu melelapkan mata.


2. Kurang tidur

Gejala kurang tidur yang kurang dari tujuh jam sehari juga boleh membuatkan anda mudah tersinggung, sukar menumpukan perhatian dan seterusnya sukar mengelolakan tugas seharian. Ini adalah beberapa reaksi normal yang penyelesaiannya hanyalah boleh dilakukan dengan mendapatkan istirehat yang cukup.


3. Tidak gembira dengan pekerjaan

Hampir kesemua orang mempunyai rasa kurang puas hati dan bahagia dengan kerjaya yang mereka lakukan sekarang. Ada yang berpunca daripada suasana kerja, projek atau tugasan yang semakin membosankan dan tak kurang juga disebabkan oleh sebab-sebab yang melibatkan pihak majikan sendiri.

Hal ini seterusnya boleh menyebabkan anda kurang fokus terhadap aktiviti yang anda lakukan. Sekiranya anda menyedari bahawa ia secara konsisten akan menyebabkan anda semakin sukar menumpukan perhatian dan sukar untuk menyelesaikannya, anda mungkin memerlukan bantuan perubatan atau pekerjaan yang baru.


4. Terlalu stress

Stress antara sebab utama yang boleh mengganggu tumpuan. Ia menyebabkan kurang perhatian diberikan terhadap tugas sehingga memberi kesan negatif bukan sahaja pada pekerjaan atau pengajian, tetapi juga hubungan di antara orang di sekeliling. Bila anda berasa stress, cubalah bermeditasi. Menurut pengkaji dari University of Wisconsin, teknik relaksasi dapat meningkatkan kemampuan anda untuk menjauhi gangguan.


5. Sukan

Sekali lagi, aktiviti sukan disebut-sebut. Terbukti kini bahawa sukan yang teratur dapat menjaga ketajaman akal fikiran serta meningkatkan kapasiti memori anda. Bergerak sehingga berpeluh juga boleh membantu anda membakar tenaga yang berlebihan yang boleh menyebabkan anda berasa gelisah. Selain itu, ia juga dapat membantu anda tidur dengan lebih baik di malam hari.


5 sebab yang sering membuatkan kita hilang fokus. Kita kena kenal pasti apa yang menyebabkan kita hilang fokus, bila dah kenalpasti kenalah cari cara penyelesaiannya.


Semoga kita sentiasa fokus dengan apa yang kita lakukan agar semua perkara itu berjalan dengan lancar.


Salam sayang dari
Syila Rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.