بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Saturday, December 5, 2015

Tip Mendidik Anak Menjadi Soleh dan Solehah



Setiap ibu bapa pasti ingin memiliki anak-anak yang soleh dan solehah. Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT. Mereka ibarat kain putih yang suci dan bersih. Ibu bapalah yang berperanan untuk mencorakkan agar ia kelihatan cantik dan di pandang indah.


Pembentukkan akhlak yang elok dan indah itu adalah menjadi tanggungjawab yang perlu dipikul dengan amanah oleh ibu bapa berlandaskan syariat Islam sejak dari dalam perut lagi.


Namun tidak dinafikan kalau zaman sekarang ini yang penuh dengan cabaran, ada anak-anak yang nakal, keras hati serta agresif. Allah pasti menurunkan ujian kepada hambaNya mengikut kemampuannya, jadi sebagai seorang hamba kita perlu redha dengan ketentuan Allah dan bijak menangani cabaran ini.


Sebagai ibu bapa pasti tidak mahu anak-anaknya terus membesar dengan akhlak yang tidak baik. Jadi kita sebagai ibu bapa perlulah membentuk akhlak yang lebih baik. 


Di antara tip yang boleh dilakukan untuk mendidik anak menjadi soleh dan solehah:

1.   Wujudkan suasana Islamik melalui pergaulan dan pendidikan.

Salah satu faktor terpenting untuk mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah adalah dengan memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi, pendidikan Islam dapat membentuk akhlak yang lebih baik dan berwawasan Islam. Bagi cara ini ibu bapa boleh mula mendedahkan cara kehidupan Islam dan sunnah sejak mereka masih kecil lagi. Insya Allah, segala pertuturan dan akhlak mereka akan lebih sopan.


2.   Biasakan membangunkan anak-anak pada waktu Subuh.

Seseorang yang bangun di waktu subuh merupakan orang-orang yang serupa dengan orang yang rajin dan taat agama, walaupun orang dewasa sahaja masih belum tentu untuk bangun wktu subuh secara rutin. Maka itu, membangunkan anak-anak pada waktu subuh merupakan hal yang sangat digalakkan untuk ibu-ibu lakukan agar anak-anak terbiasa melakukan kegiatan ini sejak kecil lagi. Selepas itu suruhlah anak-anak mengerjakan solat Subuh, lama kelamaan mereka akan terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang sering mereka lakukan.


3.   Berikan Contoh yang baik.

Biasanya orang tua hanya akan memerintah anak-anaknya untuk menjadi anak yang baik, rajin solat, rajin mengaji dan sebagainya, namun demikian hal-hal ini perlu jugak dilakukan oleh ibu bapa agar dapat menjadi panduan kepada mereka. Ibu bapa adalah contoh yang terbaik untuk anak-anak. Jadi apabila kita berkehendak untuk anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, kita perlu memberi teladan pada mereka. Jangan salahkan anak-anak jika mereka tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan bila kita sebagai orang tuanya tidak memberikan contoh yang terbaik.


4.   Pelancongan Islamik.

usah sering membawa anak-anak di Shopping Mall atau tempat-tempat yang boleh terdedah dengan perkara-perkara yang kurang elok. Sekali sekala bawalah mereka di masjid-masjid, majlis-majlis berunsurkan islamik dan sebagainya yang mana dapat mendedahkan cara-cara hidup orang islam.


5.   Memberitahu batas-batas aurat sejak kecil.

Kebiasaannya ibu bapa akan memakai pakaian pada anak-anak mengikut perkembangan zaman dan fesyen. Pakaikan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna sejak kecil lagi bagi membiasakan mereka apabila sudak meningkat besar. Sebaik-baiknya jelaskan pada mereka kepentingan menutup aurat dan juga dosa-dosa apabila tidak menutup aurat dengan sempurna. Insya Allah, niat yang baik Allah akan permudahkan.


6.   Ajarkan pada mereka mengenai solat sejak kecil.

Walaupun hakikat anak-anak masih tidak memahami sepenuhnya kepada perlu solat tetapi bila kita solat depan mata mereka, mereka dengan sendirinya akan melakukan perkara yang sama seperti orang dewasa lakukan. Adakalanya anak-anak yang mula terbiasa akan mengajak kita solat apabila tiba masanya.


7. Elakkan mendengarkan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.

Pada era sekarang ini, pelbagai jenis muzik yang ada. Sebagai ibu bapa, kita perlu dedahkan pada mereka jenis-jenis lagu yang memberi manfaat kepada mereka. Ada lebih baik, anak-anak didedahkan dengan lagu-lagu yang berkonsepkan islamik dan berbentuk nasihat. 


8.   Perhatikan tontonan TV anak-anak.

Perhatikan apa yang di tonton anak-anak di rumah. Walaupun ianya berbentuk kartun kerana anak-anak mudah mengikut apa yang diperlihatkan. Ada juga cerita kartun yang tidak memberi manfaat anak-anak. Apatah lagi cerita-cerita yang tidak sepatutnya di pertonton kepada anak-anak seperti filem cinta, seram ataupun berunsurkan keganasan.


9.   Ciptakan suasana keluarga yang harmoni.

Berikan anak sebuah kehangatan dan ketenteraman dalam sebuah keluarga. Jika ibu dan ayah ada perselisihan faham, seeloknya dielakkan perbincangan di hadapan anak-anak. Keluarga yang baik akan membentuk peribadi anak yang baik juga. Keluarga yang baik adalah faktor utama yang akan menjadi ikutan anak-anak.


Sumber : http://bunda-lita.blogspot.my/2014/05/cara-mendidik-anak-agar-soleh-dan-soleha.html

Kelebihan Membaca Al-Quran


Daripada Ibnu Umar ra berkata, sabda Rasulullah SAW, 
"Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya." bagaimana menghapuskan karat tersebut?

Jawab Nabi SAW:
Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.


Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah SAW berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar:
Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? 
Jawb mereka:
"Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya.
Ujar Baginda:
"Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul ?
Jawab mereka:
"Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata."
Ujar Baginda pula:
"Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aksih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril as telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah SWT memuji-muji di hadapan para Malaikat."

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah SAW mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta'ala, maka ujar baginda: "Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kami, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian."


Pernah satu ketika seorang Rasulullah SAW, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak-sejak ini, perasanki tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranki juga selalu kusut. Aku tidak selera makan, tidurku pun tidak lena."


Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu, tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."


Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agaar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doaa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya. "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."


Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta'ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkan. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta'ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak tenteraman jiwa dan fikiran.


Sumber : www.cahayamukmin.blogspot.com


Syila Rapal

Friday, December 4, 2015

Amin, Satu Kata untuk Pelebur Dosa


Sungguh, kita dapati sebahagian saudara kita begitu lalai membaca amin dalam solat padahal para ulama mengungkapkan bahawa kesempatan membaca amin dalam solat.


Rasulullah SAW bersabda:


"Jika seorang imam mengucapkan 'amin' maka ucapkanlah pula 'amin' kerana ungkapan amin seseorang yang bersesuaian dengan ungkapan amin para malaikat akan terampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

Hadis di atas diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


FAWA'ID AL-HADITS:

Faidah Pertama: Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan amin?
Ungkapan amin bermakna ' Allahumma Istajib '(Ya Allah, kabulkanlah).

Faidah Kedua: Apa hikmah mengucapkan amin selepas imam selesai membaca alfatihah?
Secara umum, dalam setiap kebaikan yang diperintahkan oleh Islam mengandungi begitu banyak hikmah dan kebaikan untuk manusia itu sendiri. Ini sesuai dengan salah satu kaidah agung yang ditetapkan Islam:
الدين جاء لسعادة البشر
" Islam terbit untuk kebahagiaan manusia "
Dalam hadis ini terdapat sebuah pelajaran yang mulia nan agung iaitu pensyariatan ungkapan amin dan keutamaan yang diperoleh bagi orang yang mengucapkannya.
Surat al-Fatihah mengandung do'a teragung, termulia dan terbaik seperti yang diungkpakan para ulama dalam kitab mereka. Secara umum, dalam kitab-kitab yang mensyarah hadis ini, didedahkan bahawa pensyariatan amin dikaitkan dengan doa yang termaktub dalam al-Fatihah.

Faidah Ketiga: Bilakah amin diucapkan?
Para ulama menjelaskan bahawa amin diucapkan beberapa saat setelah imam selesai membaca surat al-Fatihah.

Faidah Keempat: Apakah ma'mum mengucapkan amin mendahului imam atau selepas ungkapan amin sang imam?
Dari hadis tersebut nampak bahawa amin sang imam lebih dahulu dibanding amin ma'mum namun jumhur ulama menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan " ammana al-imam  ( أمن الإمام) "Adalah saat sang imam akan memulakan ungkapan amin. Saat inilah ma'mum bersegera mengucapkan amin sehingga ungkapan imam dan ma'mu menyatu dalam satu masa.

Faidah Kelima: Bolehkan ma'mum mendahului amin imam?
Tidak boleh bagi makmum mendahului unngkapan amin sang imam atau mengakhirkannya agar mendapat keutamaan besar yang disebutkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini.

Faidah Keenam: Apakah yang terhapus adalah semua jenis dosa?
Secara umum, dalam ilmu Usul Fiqh, lafaz "maa ( ما) "Adalah" isim maushul "yang bermakna umum. Artinya, berdasarkan redaksi di atas, dosa yang disebutkan mengandung dosa kecil dan besar.  Namun, para ulama yang meneliti nash mendedahkan bahawa pengguguran dosa yang dimaksudkan dalam hadis di atas dan hadis lain yang seumpamanya berkaitan dengan dosa kecil sahaja.
Syaikh 'Abdurrahman bin Nashir as-Sa'diy mendedahkan bahawa semua nash yang mengandung pengampunan dosa ditujukan terhadap dosa kecil, bukan dosa besar. Dosa besar gugur dengan taubat yang dilakukan seorang hamba.

Faidah Ketujuh: apa yang dimaksudkan dengan "muwaafaqah ( موافقة) / Berkesesuaian "?
Para ulama berbeza pendapat tentang makna " muwaafaqah  ( موافقة) / Berkesesuaian. "
1.  Kesamaan waktu.
Artinya, amin ma'mum dan amin para malaikat bersamaan di waktu yang sama. Kebersamaan do'a dan berpadunya waktu adalah salah satu factor diterimanya doa apalagi doa tersebut bersesuaian dengan doa para malaikat yang memang tidak bermaksiat kepada Allah, melakukan apa yang Allah perintahkan, bershaf-shaf di sisi Allah, bertasbih dan bersujud kepada Allah 'azza wajalla.
2.  Kesamaan ma'mum dengan sifat dan keadaan malaikat iaitu memandang kerendahan diri saat berdoa, menundukkan hati dan khusyu 'kerana Allah tidak menerima doa dari hati dan jiwa yang lalai.1


Faidah kelapan: Siapa malaikat yang disebutkan dalm hadith di atas?
Para ulama menjelaskan bahawa para malaikut pun mendengar bacaan imam. Hanya saja mereka berbeda pendapat tentang malaikat mana saja yang dimaksudkan dalam hadis di atas.

Syaikh 'Abdurrahman bin' Abdullah al-Bassam mendedahkan bahawa malaikat yang dimaksudkan adalah malaikat yang ikut menyaksikan solat tersebut baik malaikat yang ada di bumi maupun malaikat yang ada di langit.

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-'Utsaimin mendedahkan bahawa malaikat yang dimaksudkan hanyalah malaikat yang dibenarkan Allah untuk mengucapkan amin bersama orang yang solat. Dan ini tidak berlaku bagi malaikat yang tidak dibenarkan Allah.

Penutup:
Ada banyak sekali permasalahan fiqhiyyah yang berkaitan dengan hadis di atas, misalnya status hukum ucapan amin dalam solat, sama ada imam wajib membaca amin baik dengan mengeraskan hingga terdengar makmum atau dengan suara pelan, ataukah sebatas sunnah baginya, dan permasalahan lain.

Hanya saja, alangkah baiknya bagi imam dan makmum, dan ini begitu disyorkan para ulama, untuk membaca amin dalam waktu yang sama dengan suara yang terdengar sehingga mereka mendapat keutamaan penghapusan dosa. Begitu pula ketika membaca amin diharapkan dengan hati yang khsuyu 'penuh ketundukan sehingga menyerupai keadaan para mailaikat.

Sungguh, kita dapati sebahagian saudara kita begitu lalai membaca amin dalam solat padahal para ulama mengungkapkan bahawa kesempatan membaca amin dalam solat ini dengan ungkapan:
هذه غنيمة جليلة وفرصة ثمينة ألا وهي غفران الذنوب بأيسر الأسباب فلا يفوتها إلا محروم
" Ini adalah harta / kemenangan (peraihan sesuatu tanpa ada kesulitan sedikit pun -ed) yang mulia dan peluang yang begitu berharga iaitu pengampunan dosa dengan wasilah yang paling mudah. Orang yang terluput dari kesempatan ini hanyalah orang-orang yang memang diharamkan untuk meraihnya "
Wa'hualam

Syila Rapal