بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Friday, May 31, 2013

Hidup Lebih Bahagia Bersama Hormon Endorfin



Kesihatan sejati adalah menangani kesihatan sebelum penyakit datang serta umur yang lebih panjang terbebas dari penyakit.



Setiap manusia tentunya ingin hidup sihat dan menikmati hidup dengan lebih lama. Rahsia hidup sihat dan berumur panjang adalah dengan menjaga keremajaan otak dengan cara terus mengaktifkan 'Hormon kebahagiaan (Endorphin)' sebanyak mungkin melalui fikiran positif. Hormon kebahagiaan berkhasiat memperkuat daya tahan tubuh, menjaga sel otak tetap muda, melawan penuaan, menurunkan agresif dalam hubungan antara manusia, meningkatkan semangat, daya tahan & kreativiti.




Endorphin merupakan gabungan dari kata endogenous dan morphine, iaitu sebuah unsur daripada protein yang dihasilkan oleh sistem saraf manusia. Unsur ini sering disebut 'morphin' yang keluar, dari kelenjar pituitari dan hipotalamus yang berada di dasar tulang tengkorak.




Di dasar tengkorak jugalah terletak otak yang mengatur emosi (emotional brain), sehingga sangat erat hubungan endorfin dan emosi kita. Endorfin mengurangkan rasa sakit, menghilangkan stres, sedih, kemurungan, maupun rasa cemas dan menjaga kesihatan mental kita. Kata morfin berkaitan erat dengan endorfin.




Morfin pada awalnya dipakai dalam dunia perubatan untuk mengurangkan rasa sakit, untuk sementara waktu membawa si pemakainya merasa selesa sejenak, melupakan rasa sakit yang menderanya. Kerana itulah banyak orang memakai morfin untuk mencapai kenikmatan sesaat dengan kos dan risiko yang tinggi. Selain mahal harganya, morfin tidak boleh dibeli bebas, dan membuat sang pemakai ketagihan dan mengalami kesan sampingan yang membahayakan kesihatan otak.




Untuk apa mencari morphin sintetik dari luar tubuh, jika badan kita boleh menghasilkan sendiri? Percuma lagi. Selain boleh mengurangkan rasa sakit, endorfin membuat tubuh makin sihat, relaks dan tanpa kesan sampingan yang berbahaya. Hanya diperlukan usaha dari dalam diri untuk mendatangkan sang hormon bahagia ini. Seperti morfin, endorphin membuat sang penikmatnya menjadi ketagihan untuk lebih banyak melakukan aktiviti gerak guna mengundang sang pembawa rasa bahagia.




Endorfin tidak datang secara tiba-tiba di dalam tubuh dan kehidupan kita. Kita perlu melakukan beberapa usaha untuk mendatang hormon bahagia ini, kerana hormon ini akan  muncul bila cadangan glukosa dalam tubuh mulai habis. Otot tubuh memerlukan oksigen yang cukur untuk membakar glukosa menjadi Adenosine Triphospate (ATP) yang akan ditukar menjadi tenaga yang diperlukam oleh sel-sel tubuh kita.




Apabila glukosa habis, barulah lemak dibakar. Pada saat glukosa habis dibakar inilah endorfin mula muncul. Dan inilah jawapan pentingnya melakukan aktiviti suka yang teratur untuk membakar glukosa melalui aktiviti otot yang akan menghasilkan ATP sehingga endorfin akan muncul dan membawa rasa selesa, senang dan bahagia. Sehingga selepas kita melakukan aktiviti sukan, tubuh terasa lebih segar walaupun telah menggunakan tenaga dari tubuh kita.




Jadi, kaitan tahap stres dengan sukan yang teratur makin tampak pola hubungannya. Sukan yang teratur merupakan salah satu syarat mutlak untuk mengurangkan tahap stres yang tinggi. Salah satu sukan yang meningkatkan hormon endorfin secara maksimum adalah yoga.




Yoga menggabungkan regangan otot secara teratur dam maksimum disertai pernafasan yang dalam dan teratur yang akan membekalkan oksigen lebih tinggi yang sangat berguna membakar glukosa pada saat meregangkan otot. Pada saat selesai melakukan yoga, Biasanya orang akan merasakan keselesaan dan kelonggaran yang dalam, buka rasa lelah dan penat. Ada juga yang mempercayai bahawa yoga boleh memanjangkan usia dan membuat orang yang mempratikkannya akan awet muda.




Kegiatan fizikal lain yang meningkatkan hormon endorfin adalah membawa belahan jiwa anda sampai ke puncak yang akan membawa perasaan relaks, nyaman dan bahagia. Anda boleh melihat pada belahan jiwa anda, yang akan bersinar-sinar mata dan wajahnya kerana sang endorfin bersamanya. Beberapa buku menuliskan bahawa faktor usia tidak menghalang kegiatan romantis ini jika tubuh sentiasa cergas. 




Jadi, memang terlihat adanya hubungan yang sangat erat antara badan yang sihat dengan hormon bahagia ini. Ingin hidup lebih bahagia? Jemputlah endorfin, sang hormon pembawa rasa gembira dan bahagia. Nikmatilah hidup anda dengan lebih ghairah dan perbanyakkan aktiviti raga anda.





Salam sayang dari
Syila Rapal

Thursday, May 30, 2013

Senaman Pagi Hari Lebih Menyihatkan



Rata-rata orang merasa malas bila diajak untuk bersenam, lebih-lebih lagi di waktu pagi hari. Rasanya, lebih selesa dan enak jika menarik selimut dan menyambung tidur. Jika tidak sekalipun, tentunya lebih menarik sekali jika dapat bersantai menonton televisyen, membaca surat khabar sambil minum kopi panas.



Namun, tidak ramai yang mahu meneliti manfaat apabila kita berolahraga di pagi hari. Berbanding melakukan olahraga di waktu petang, ada baiknya melakukan olahraga di waktu pagi. Ikuti tiga antara sebab mengapa olahraga di waktu pagi lebih baik berbanding olahraga di waktu petang.


Bantu tingkatkan mood

Adakah anda seorang yang sering bersikap merungut-rungut di pagi hari? 
Menurut kajian, olahraga dinwaktu pagi mampu meningkatkan hormon endorphin iaitu hormon yang mencipta suasana hati yang menyenangkan. Berjoging di pagi hari contohnya, dapat membantu menghindarkan anda dari emosi negatif serta membuat anda tersenyum sepanjang hari.

Bantu bakar kalori

Bukan hanya melakukan kerja-kerja rumah atau kerja di pejabat, tetapi tidak kira apa juga aktiviti yang anda lakukan di pagi hari dapat mendorong tubun dan mengatur agar tubuh dapat membakar kalori dengan lebih banyak lagi sepanjang hari, termasuk ketika anda sedang beristirehat.

Udara pagi menyihatkan

Para pengkaji percaya bahawa secara umum, kualiti udara di waktu pagi hari lebih baik berbanding ketika waktu tengahari dan petang. Menghirup udara segar dan nyaman di pagi hari membuatkan tubuh anda terhalang dari dedahan racun dan pencemaran di dalam udara.




Luangkan sedikit masa untuk kebaikan diri kita sendiri. Ambil masa yang sekejap pun tak apa, yang penting tubuh badan kita sihat. Insya Allah.


Salam sayang dari
Syila Rapal

Wednesday, May 29, 2013

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata:



'Ya Rasulullah.  Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya,'


Maka Rasulullah menjawab: 'Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?'



'Ya, saya berjanji' jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.



Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah SAW.



Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah SAW, lelaki itu berkata di dalam hatinya:



'Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.'



Maka setiap kali hatinya terdorong untuk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.



'Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kami nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.



Sanggupkah engkau berbohong kepadanya' bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah SAW dan setiap kali pulanya hatinya berkata:



'Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.'



Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.



Perkongsian yang ringkas tapi amat terkesan pada kak Syila.

Allah yang memegang hati hambaNya, hanya Dia yang mampu mengubah hati kita semua.


Sayang salam dari Syila Rapal

Tuesday, May 28, 2013

Rahsia Solat Lima Waktu


Ali bin Abi Talib ra berkata, "Sewaktu Rasulullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa as yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 'Lalu Rasulullah SAW bersabda,' Sila bertanya. ' Berkata orang Yahudi. 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.



"Sabda Rasulullah SAW




'Sembahyang Zohor jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam as memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam as. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir. '




Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah SAW, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang. 'Rasulullah SAW bersabda,' Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zohor, pada saat itu nyalanya neraka jahaman. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka jahaman pada hari kiamat.




Sabda Rasulullah SAW lagi,




'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam as memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar diampunkan dosanya seperti seperti bayi yang baru lahir.'




Selepas itu Rasulullah SAW membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam as diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'




Sabda Rasulullah SAW,



'Sebahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirat.'




Sabda Rasulullah SAW seterusnya,



'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah dua kebebasan iaitu:


  1. Dibebaskan daripada api neraka
  2. Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasulullah SAW, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan 30 hari ke atas umatmu?'



Sabda Rasulullah SAW,

'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam as selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam as berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.

Kata orang Yahudi lagi, 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.



Sabda Rasulullah SAW

'Seorang hamba yang berpuasa bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
  1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
  2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
  3. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
  4. Diringankan baginya seksa kubur (seksa yang amat mengerikan).
  5. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada Kiamat untuk menyeberang Titian Sirah.
  6. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.' 
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kelebihanmu di antara semua para nabi.



Sabda Rasulullah SAW

'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaahaillallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah dan engkau utusan Allah).'



Amaran !!!

'Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.'

(Surah Al-Baqarah : 155)

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

(Surah Al-Baqarah : 286)



Salam sayang dari
Syila Rapal

Monday, May 27, 2013

10 Sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah


Hidayah. Bila Allah berkehendak memberi hidayah kepada hambaNya, maka akan terjadilah ia. Beruntungnya mereka yang mendapat hidayah itu.


Bagaimanapun cara untuk mendapat hidayah itu, setiap hamba pasti menerima dengan cara yang berbeza antara satu sama lain. 


Kak Syila ada terbaca dari satu blog ini (kurang pasti pulak blog yang mana). Antara sebab seseorang itu mendapat hidayah disenaraikan seperti berikut.

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideology serta bergaul dengan golongan-golongan itu, maka akhirnya mereka  bertemu dengan kebenaran.

5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama, maka dia mendapat petunjuk dari mengkaji dan mendengar itu.

6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Kiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, berkasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Orang yang sentiasa mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa yang hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran.



10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.


Kak Syila rasa seronok dapat kongsikan 10 sebab seseoraang itu mendapat Hidayah. Kak Syila doakan semoga Allah sentiasa memberi Hidayah kita semua hingga ke hujung nyawa. Insya Allah, Aamiin.

Salam sayang dari
Syila Rapal

Sunday, May 26, 2013

Ada Apa Dalam Beg Tangan Wanita

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)


(Surah al-Hujurat: Ayat 13)

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.


Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit wanita yang lebih halus. Wanita lebih halus halus suaranya berbanding lelaki yang lebih besar dan kasar suaranya. Lelaki mempunyai tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan struktur tubuh untuk melahirkan anak.   

Demikian juga dengan psikologi. Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.


Apabila menggamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.


Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen memandu, duit, surat-surat penting dan kad-kad bank / kredit.


Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan wanita ada dompet duit, kad kreditm buku bank, buku cek, alat persolekan, cermin, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pensil @ pen, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, handphone dan macam-macam lagi .


Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli, lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.


Demikian perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumahtangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya suami isteri yang kedua-duanya bekerja, terpaksa keluar rumah awal pagi.


Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian menunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau boleh, si isteri mahu memikirkan semua benda, kerana padanya apabila sesuatu terjadi, apakah kesudahannya.


Apabila suami dan isteri ke kompleks beli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat beli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama.


Contoh-contoh tersebut menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin dan berbagai-bagai lagi untuk ke bawa ke rumah pengasuh.


Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling bantu membantu dan berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara suami dan isteri, maka timbul krisis rumahtangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu kita berbeza supaya saling mengenali dan berkasih sayang.



Nama pun dah berbezakan, LELAKI dan PEEREMPUAN. Kerana perbezaan inilah kita dapat bersatu dan berkasih sayang.



Salam sayang dari
Syila Rapal

Saturday, May 25, 2013

5 Sebab Anda Sering Hilang Fokus

Pernah tak berlaku pada diri sendiri? Lupa menutup suis lampu dapur dan bilik, lupa menutup api di atas dapur sehingga air yang dijerang hampir kering, tertinggal kunci rumah di atas meja dan sebagainya sehingga membuatkan hari-hari yang kita lalui terasa begitu sukar sekali.



Hilang fokus sehingga tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya boleh terjadi dari sehari ke sehari. Berikut merupakan beberapa perkara yang dikenal pasti menjadi penyebabnya:





1. Teknolgi berlebihan

Lihat saja pelbagai gajet terkini yang melambak di pasaran. Semuanya mula bersaing untuk mendapatkan perhatian pengguna. Jadi, tidak hairanlah anda sukar untuk fokus. Otak anda boleh bertindak sebagai 'setiausaha' yang membuat anda terkawal.

Namun, semakin banyak yang cuba anda lakukan, semakin sukar pula untuk anda kekal fokus pada setiap tugasan. Jadi, lebih baiklah anda cuba berehat seketika dari televisyen, Internet, e-mel dan gajet mudah alih anda, sekurang-kurangnya setiap kali selepas makan malam atau sebelum mahu melelapkan mata.


2. Kurang tidur

Gejala kurang tidur yang kurang dari tujuh jam sehari juga boleh membuatkan anda mudah tersinggung, sukar menumpukan perhatian dan seterusnya sukar mengelolakan tugas seharian. Ini adalah beberapa reaksi normal yang penyelesaiannya hanyalah boleh dilakukan dengan mendapatkan istirehat yang cukup.


3. Tidak gembira dengan pekerjaan

Hampir kesemua orang mempunyai rasa kurang puas hati dan bahagia dengan kerjaya yang mereka lakukan sekarang. Ada yang berpunca daripada suasana kerja, projek atau tugasan yang semakin membosankan dan tak kurang juga disebabkan oleh sebab-sebab yang melibatkan pihak majikan sendiri.

Hal ini seterusnya boleh menyebabkan anda kurang fokus terhadap aktiviti yang anda lakukan. Sekiranya anda menyedari bahawa ia secara konsisten akan menyebabkan anda semakin sukar menumpukan perhatian dan sukar untuk menyelesaikannya, anda mungkin memerlukan bantuan perubatan atau pekerjaan yang baru.


4. Terlalu stress

Stress antara sebab utama yang boleh mengganggu tumpuan. Ia menyebabkan kurang perhatian diberikan terhadap tugas sehingga memberi kesan negatif bukan sahaja pada pekerjaan atau pengajian, tetapi juga hubungan di antara orang di sekeliling. Bila anda berasa stress, cubalah bermeditasi. Menurut pengkaji dari University of Wisconsin, teknik relaksasi dapat meningkatkan kemampuan anda untuk menjauhi gangguan.


5. Sukan

Sekali lagi, aktiviti sukan disebut-sebut. Terbukti kini bahawa sukan yang teratur dapat menjaga ketajaman akal fikiran serta meningkatkan kapasiti memori anda. Bergerak sehingga berpeluh juga boleh membantu anda membakar tenaga yang berlebihan yang boleh menyebabkan anda berasa gelisah. Selain itu, ia juga dapat membantu anda tidur dengan lebih baik di malam hari.


5 sebab yang sering membuatkan kita hilang fokus. Kita kena kenal pasti apa yang menyebabkan kita hilang fokus, bila dah kenalpasti kenalah cari cara penyelesaiannya.


Semoga kita sentiasa fokus dengan apa yang kita lakukan agar semua perkara itu berjalan dengan lancar.


Salam sayang dari
Syila Rapal

Friday, May 24, 2013

15 Fakta Tentang Senyuman


Hari ini kak Syila nak kongsi sedikit mengenai senyum. Dalam Islam pun menyatakan senyum itu satu sedekah. Perkara yang mudah kan kita mulakan pagi apabila bangun tidur dengan senyuman. Apatah lagi bila kita bangun terpandang muka kesayangan kita, pasti secara automatik terukir senyuman dibibir kita kan.


Mari kita baca fakta mengenai senyuman.


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunujukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justera tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh saintis dari universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.  Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline'.  


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukaan oksigen dalam darah dan ini secaara tidak langsung meransangkan proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


15. Pujangga menyebut: "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA."


Ok, dah bacakan fakta mengenai senyuman. Menarikkan. Bagi yang tidak biasa mengukirkan senyuman itu, apakata kita pakat ramai-ramai sebut perkataan 'TIGA'. Ha.. kan dah senyum, mudahkan.


Salam sayang dari
Syila Rapal

Thursday, May 23, 2013

Selagi Bergelar Manusia

Dari zaman Nabi sihir menyihir memang sudah wujud. Kenapa sihir ini boleh wujud? Pada pandangan peribadi kak Syila, sihir ini wujud bila rasa kurang selesa atau iri hati bila tengok orang lain lebih dari kita. Jadi, manusia lebih senang memilih untuk melawan. 


Biasalah bila hati dah mula nak melawan, syaitan pun apa lagi mulalah cucuk jarum. Dari situlah bermula persahabatan yang akrab antara manusia dan syaitan tanpa kita sedar. Memang dah itulah janji syaitan dengan Allah akan menyesatkan manusia, dan manusia pulak tanpa berfikir panjang dengan iman mula menolong kerja-kerja syaitan itu. Cara yang paling mudah membantu kerja-kerja syaitan ini dengan menyihir orang lain demi untuk kepuasan hati sendiri.


Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempergaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga mengamal masa akan datang. Dalam masyarakat melayu istilah sihir lebih dikaitkan dengan ilmu hitam.


Disini kak Syila kongsikan tanda-tanda bila terkena Sihir / Gangguan Jin.

  • Masak nasi, lauk pauk cepat basi. Misalan masak pagi, petang dah basi.
  • Tiba-tiba bau busuk di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.
  • Tiba-tiba bau wangi di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.
  • Nampak kelibat orang lalu di sebelah kiri, kanan atau depan.
  • Perasan ada orang di belakang tetapi bila tengok tak ada orang.
  • Kerap bunyi guli di atas dinding rumah.
  • Kerap bunyi kerusi tarik-tarik di atas dinding rumah.
  • Barang-barang elektrik di rumah cepat rosak (spt : TV, Radio, Fridge dan sebagainya)
  • Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab.
  • Ahli keluarga cepat marah.
  • Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.
  • Selalu bergaduh di antara satu sama lain di rumah.
  • Dengar orang yang dikenali (misalan: mak, ayah, abang, suami etc) panggil tapi tengok tak ada orang.
  • Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.
  • Perubahan watak berlaku kepada seseorang (misalan: dahulu dia seorang yang ceria dan periang tapi sekarang suka menyendiri)
  • Suka tengok cermin lama-lama.
  • Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
  • Suka tengok pokok-pokok di luar tingkap rumah pada waktu malam.
  • Suami isteri makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.
  • Suami isteri susah nak bersatu.
  • Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan.
  • Kedai / bisnes dahulu selalu ramai orang kunjungi tetapi sekarang berkurangan dengan teruk.
  • Terjumpa pasir, air atau benda-benda pelik yang berada di depan pintu masuk rumah / kedai secara tiba.
  • Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata tak ada apa-apa.
  • Bila x-ray, terjumpa macam-macam benda yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.
  • Ibadah makin berkurangan, makin malas.
Bila dah tengok tanda-tanda terkena sihir itu, silalah check diri sendiri ye. Bukan apa kita ini kena lebih berhati-hati, rambut manusia sama hitam tapi hatinya kita tak tahu. 



Paling merisaukan tanda-tanda yang terakhir itu ibadah makin berkurangan, makin malas. So, sebelum ianya bertambah melarat dan parah, ada baiknya kita bertindak. 




Sekadar berkongsi untuk pengetahuan kita semua. 


Selamat membaca.


Syila Rapal

Wednesday, May 22, 2013

I Love My Life


Kehidupan ini sangat indah bila kita menghargainya. Walaupun banyak dugaan dan rintangan dalam hidup ini, semua akan menjadi lebih indah bila kita mensyukurinya.

Kenapa blog ini diwujudkan. Pada asalnya kak Syila mewujudkan blog ini sebab ramai yang dah memiliki blog. So, dengan senang hati kak Syila pun buatlah perkara yang sama jugak. Hehehe.. Kak Syila sendiri tak pasti ini blog yang keberapa, semuanya tidak menjadi. Harap-harap blog yang ini dapat dikekalkan. Insya Allah, Aamiin.

Selain itu jugak kak Syila ini suka membaca blog-blog yang lain itu, sayanglah bila dah baca pastu tak ingat. Nak cari semula maklumat itu makan massa pulak kan. So, kak Syila pun terfikir nak tulis semula dalam blog kak Syila ini. Senang sket nak cari. 

Mudah-mudahan perkongsian dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Indahnya kehidupan ini.

I Love My Life ...

Syila Rapal