بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Labels

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Sayangi Jantung Kita




Jantung Organ Yang paling Penting


Salah satu organ yang menghidupkan manusia ialah jantung. Jantung sangat berharga dan disebabkan itulah ia diletakkan di tempat yang paling selamat dan kuat. Ia berfungsi tanpa henti. Degupan jantung mempunyai irama yang indah.


Bekerja Tanpa Henti


Peredaran darah di dalam salur arteri dan vena tidak bercampur antara satu sama lain. Jantung kita yang tidak berhenti berdegup jelas menunjukkan kekuasaan Allah SWT.


Allah SWT mencipta otak manusia daripada daging, lalu ia berfungsi menyelesaikan masalah. Allah SWT mencipta mata daripada daging, lalu ia digunakan untuk melihat. Allah SWT menciptakan lidah daripada daging, lalu ia berfungsi untuk merasa. Allah SWT menciptakan telinga daripada daging untuk memberi kita mendengar. Pada masa yang sama, Allah SWT menciptakan jantung daripada daging jugak untuk memberikannya banyak keupayaan.


Pengepam Darah


Salah satu organ badan yang penting ialah jantung. Peredaran darah di dalam 100 trillion sel di dalam badan dipam oleh jantung. Jantung menghantar darah ke paru-paru melalui vena. Ia kemudian mengepam darah untuk dibersihkan oleh paru-paru untuk dihantarkan seluruh tubuh badan. Proses ini berterusan sehingga kita tiada lagi di dunia ini.


Mari kita lihat sebuah mesin. Ia bekerja lapan puluh tahun tanpa henti? Adakah logik ia akan bergerak dengan kelajuan yang sama tanpa henti? Bukankah ia agak mustahil untuk perkara itu terjadi kan. Tetapi jantung kita sangat lain, ia mampu bekerja tanpa henti walaupun ketika kita sedang tidur.


Allah SWT yang menghidupkan jantung dan membuat ia terus berfungsi. Allah SWT melindungi jantung dengan rangka dan otot.


Allah SWT Yang Maha Berkuasa.


Syila Rapal 

Wednesday, June 26, 2013

Makan Cara Sihat Ikut Sunnah Nabi


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh ambil sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyaakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.



Diet Rasulullah menyebabkan Baginda Rasulullah SAW tidak pernah sakit perut sepanjang hajatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. In sha Allah kalau kita ikut diet Rasulullah ini, akan takkan menderita sakit perut ataupun keraacunan makanan.




Makanan yang mesti dielakkan

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTAIL)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.


Kita berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu sahaja. Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40an.


Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunnah Rasulullah SAW. Apabila dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: 



A031

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampui batas.
(al-A'raf, ayat 31)


Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.


Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah 'lapar itu ubat'. Mengambil makanan dalam kuatiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga iaa lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.


Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedaah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut - pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal. 


Nabi Muhammad ada menyebut 'perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit'. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isipadu makanan. baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutamanya jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. 


Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, baginda berkata: "Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabdaa: Berikanlah kepadanya 'talbiinah'! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!" 


Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.


Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelakkan makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius. 



Contoh peristiwa Nabi Muhammad SAW mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya: "Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya. "Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit. "Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah SAW bersabda : Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!"




Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. 




Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh. Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan. Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripda gamdum itu dapat menguatkan tubuh. Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan. 




Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk. Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.




Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.




Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik. Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semulajadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.




Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.




Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah SAW ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi 'mutawarikan', iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan meletakkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan. Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud:

"Saya tidak makan sambil bersandar." 



Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman. Berdasarkan petunjuk nabi SAW, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atai sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.




Rasulullah SAW mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud:

"Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata : Hal itu lenih melegakan dan lebih menyihatkan. "Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. 



Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

"Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir." Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca 'basmalah' (membaca Bismillah) dan mengucapkan 'hamdalah' (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.



Rahsia besar Rasulullah SAW yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

"Anas berkata : Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya." 



Justera semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang! Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan at Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup , maka seolah-olah dunia ini miliknya."



Syila Rapal

Friday, June 21, 2013

Khasiat Daun Saderi


Daun saderi mempunyai kandungan vitamin A yang sangat tinggi dan batang saderi adalah sumber terbaik bagi vitamin B1, B2, B6 dan vitamin C dan kaya kalium, asid folik, magnesium, besi, fosforus, natrium dan asid amino.


Saderi sentiasa dikaitkan dengan menurunkan tekanan darah. Apabila digabungkan dengan jus yang lain (buah dan sebagainya), ia menyediakan formula berbeza yang membantu antara satu sama lain. 


Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, saderi mungkin berkesan dalam memerangi kanser. Terdapat beberapa khasiat jus saderi:


Keasidan : Mineral penting yang terdapat dalam jus saderi ini adalah ianya berkesan untuk mengimbangi pH darah dalam badan dan meneutralkan keasidan.


Atlet : Jus saderi bertindak sebagai tonik sempurna selepas senaman kerana ia menggantikan kehilangan elektrolit dan rehydrates badan yang kaya dengan mineral kanser. Saderi mengandungi sekurang-kurangnya lapan keluarga sebatian anti kanser. Antaranya ialah acetylenics yang dapat menghentikan pertumbuhan sel-sel tumor. Asid fenolik pula dalam menghalang tindakan prostaglamdim yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel tumor. Manakala coumarins pula dapat membantu menghalang radikal bebas daripada kerosakkan sel-sel.


Kolestrol : Jus Saderi juga terbukti berkesan untuk merendahkan kadar kolesterol. Kanser kolon dan perut. Coumarins fitokimia menghalang pembentukan dan pertumbuhan kanser kolon dan perut.


Sembelit : Kesan julup semulajadi saderi dapat membantu untuk melegakan sembelit. Ia juga membantu untuk merehatkan saraf yang telah bekerja terlalu keras oleh julap buatan manusia.


Penyejukan : Semasa cuaca kering dan panas, minum segelas jus saderi dua atau tiga kali sehari, antara waktu makan. Ia membantu untuk menormalkan suhu badan.

Diuretik : Kalium dan natrium dalam jus saderi membantu untuk mengawal bendalir badan dan merangsang pengeluaran air kencing, menjadikannya bantuan penting untuk membersihkan cecair badan yang berlebihan.


Keradangan : Polyacetylene dalam saderi merupakan 'relief' yang menakjubkan untuk semua keradangan seperti artritis reumatoid, osteoartritis, gout asma dan bronkitis.

Fungsi buah pinggaang : Saderi menggalakkan fungsi buah pinggang yang sihat dan normal dengan membantu penyingkiran toksin daripada badan. Dalam menghapuskan toksin dan juga menghalang pembentukan batu karang. 


Tekanan darah yang lebih rendah : Dengan meminum jus saderi setiap hari selama seminggu, ia dapat membantu merendahkan tekanan darah. Sebatian A dipanggil phtalides membantu merehat otot di sekeliling arteri, mengembangkan saluran dan membenarkan darah mengalir biasanya.


Sistem Saraf : Mineral organik alkali dalam jus saderi mempunyai kesan menenangkan sistem saraf. 


Penurunan berat badan : Minum jus saderi dengan kerap setiap hari dan ia membantu membendung keinginan anda untuk gula-gula dan juga makan dengan banyak. 


So, banyak kan khasiat daun saderi ini. Mari kita amalkan minum jus saderi. Nak lagi berkhasiat, buat sendiri ye.


Syila Rapal

Thursday, June 20, 2013

Tiada Jalan Pintas Untuk Mendidik Anak-anak


Anak-anak adalah pewaris kepimpinan generasi yang akan datang. Tiada aset yang lebih besar bagi seorang ibu dan ayah selain daripada memiliki anak-anak yang berjaya dunia akhirat. Tugas mempastikan bahawa anak-anak ini akan berjaya adalah peranan kita semua.


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kami dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap manusia dan yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Surah at-Tahrim :6)


Namun kita tidak punyai jalan pintas bagi memiliki anak-anak yang baik dan berjaya. Langkahnya bermula seawal memperbaiki diri sendiri. Ianya harus bermula dengan membina dan memperbaiki diri sendiri. Kita mesti memilih bakal ibu atau bakal ayah yang berwawasan yang akan bersama mendidik anak-anak.


Pendidikan berpanjangan sepanjang mengandung dan menyambut kelahiran. Hak setiap anak-anak bagi memiliki nama yang baik. Setiap anak yang membesar harus dibajai untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya dan mencintai ajaran Islam.


Rasa kasih sayang tidak menghalang anak-anak daripada dihukum dengan menghadkan kemewahan kehidupan dan kebebasan globalisasi. Bajet perbelanjaan yang secukupnya harus disediakan untuk membesar dan mendidik anak-anak melebihi kos kemewahan kehidupan yang lainnya.


Didik anak-anak dengan memiliki kehidupan yang bermisi dan bervisi agar terus membesar sambil menyumbang terhadap kepedulian umat. Anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya dunia akhirat adalah anugerah Ilahi dan kesungguhan bermunajat kepadaNya seharusnya dilatih agar kita semua berupaya memiliki kemanisannya.


"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang yang bertaqwa."
(Surah al-Furqan :74)

Credit : Dr. Zainur Rashid Zanuddin.


Syila Rapal

Wednesday, June 19, 2013

8 Tips Lahirkan Anak Soleh


Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. 


Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Kepunyaan Allahlah kerajaan langit daan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkankan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."


Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada kedua ibu bapanya serta berbentuklah watak anak soleh yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.


Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan.


Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang solehah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung."
(hadis riwayat al-Bukhari)


Kedua - Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda:
"Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca:
"Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana.
Maksudnya: Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya."
(riwayat al-Bukhari)


Ketiga - Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.


Keempat - Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara yang akan berpegaruh kepada bayinya nanti.


Kelima - Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkan sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi.

Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.


keenam - Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang soleh.


Ketujuh - Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.


Kelapan - Memberi pendidikan agama yang cukup.


Kesembilan - Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya. Demikianlah antara hak-hak anak.


Wallahua'lam.


Syila Rapal

Sunday, May 26, 2013

Ada Apa Dalam Beg Tangan Wanita

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)


(Surah al-Hujurat: Ayat 13)

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.


Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit wanita yang lebih halus. Wanita lebih halus halus suaranya berbanding lelaki yang lebih besar dan kasar suaranya. Lelaki mempunyai tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan struktur tubuh untuk melahirkan anak.   

Demikian juga dengan psikologi. Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.


Apabila menggamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.


Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen memandu, duit, surat-surat penting dan kad-kad bank / kredit.


Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan wanita ada dompet duit, kad kreditm buku bank, buku cek, alat persolekan, cermin, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pensil @ pen, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, handphone dan macam-macam lagi .


Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli, lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.


Demikian perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumahtangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya suami isteri yang kedua-duanya bekerja, terpaksa keluar rumah awal pagi.


Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian menunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau boleh, si isteri mahu memikirkan semua benda, kerana padanya apabila sesuatu terjadi, apakah kesudahannya.


Apabila suami dan isteri ke kompleks beli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat beli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama.


Contoh-contoh tersebut menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin dan berbagai-bagai lagi untuk ke bawa ke rumah pengasuh.


Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling bantu membantu dan berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara suami dan isteri, maka timbul krisis rumahtangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu kita berbeza supaya saling mengenali dan berkasih sayang.



Nama pun dah berbezakan, LELAKI dan PEEREMPUAN. Kerana perbezaan inilah kita dapat bersatu dan berkasih sayang.



Salam sayang dari
Syila Rapal

Saturday, May 25, 2013

5 Sebab Anda Sering Hilang Fokus

Pernah tak berlaku pada diri sendiri? Lupa menutup suis lampu dapur dan bilik, lupa menutup api di atas dapur sehingga air yang dijerang hampir kering, tertinggal kunci rumah di atas meja dan sebagainya sehingga membuatkan hari-hari yang kita lalui terasa begitu sukar sekali.



Hilang fokus sehingga tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya boleh terjadi dari sehari ke sehari. Berikut merupakan beberapa perkara yang dikenal pasti menjadi penyebabnya:





1. Teknolgi berlebihan

Lihat saja pelbagai gajet terkini yang melambak di pasaran. Semuanya mula bersaing untuk mendapatkan perhatian pengguna. Jadi, tidak hairanlah anda sukar untuk fokus. Otak anda boleh bertindak sebagai 'setiausaha' yang membuat anda terkawal.

Namun, semakin banyak yang cuba anda lakukan, semakin sukar pula untuk anda kekal fokus pada setiap tugasan. Jadi, lebih baiklah anda cuba berehat seketika dari televisyen, Internet, e-mel dan gajet mudah alih anda, sekurang-kurangnya setiap kali selepas makan malam atau sebelum mahu melelapkan mata.


2. Kurang tidur

Gejala kurang tidur yang kurang dari tujuh jam sehari juga boleh membuatkan anda mudah tersinggung, sukar menumpukan perhatian dan seterusnya sukar mengelolakan tugas seharian. Ini adalah beberapa reaksi normal yang penyelesaiannya hanyalah boleh dilakukan dengan mendapatkan istirehat yang cukup.


3. Tidak gembira dengan pekerjaan

Hampir kesemua orang mempunyai rasa kurang puas hati dan bahagia dengan kerjaya yang mereka lakukan sekarang. Ada yang berpunca daripada suasana kerja, projek atau tugasan yang semakin membosankan dan tak kurang juga disebabkan oleh sebab-sebab yang melibatkan pihak majikan sendiri.

Hal ini seterusnya boleh menyebabkan anda kurang fokus terhadap aktiviti yang anda lakukan. Sekiranya anda menyedari bahawa ia secara konsisten akan menyebabkan anda semakin sukar menumpukan perhatian dan sukar untuk menyelesaikannya, anda mungkin memerlukan bantuan perubatan atau pekerjaan yang baru.


4. Terlalu stress

Stress antara sebab utama yang boleh mengganggu tumpuan. Ia menyebabkan kurang perhatian diberikan terhadap tugas sehingga memberi kesan negatif bukan sahaja pada pekerjaan atau pengajian, tetapi juga hubungan di antara orang di sekeliling. Bila anda berasa stress, cubalah bermeditasi. Menurut pengkaji dari University of Wisconsin, teknik relaksasi dapat meningkatkan kemampuan anda untuk menjauhi gangguan.


5. Sukan

Sekali lagi, aktiviti sukan disebut-sebut. Terbukti kini bahawa sukan yang teratur dapat menjaga ketajaman akal fikiran serta meningkatkan kapasiti memori anda. Bergerak sehingga berpeluh juga boleh membantu anda membakar tenaga yang berlebihan yang boleh menyebabkan anda berasa gelisah. Selain itu, ia juga dapat membantu anda tidur dengan lebih baik di malam hari.


5 sebab yang sering membuatkan kita hilang fokus. Kita kena kenal pasti apa yang menyebabkan kita hilang fokus, bila dah kenalpasti kenalah cari cara penyelesaiannya.


Semoga kita sentiasa fokus dengan apa yang kita lakukan agar semua perkara itu berjalan dengan lancar.


Salam sayang dari
Syila Rapal

Friday, May 24, 2013

15 Fakta Tentang Senyuman


Hari ini kak Syila nak kongsi sedikit mengenai senyum. Dalam Islam pun menyatakan senyum itu satu sedekah. Perkara yang mudah kan kita mulakan pagi apabila bangun tidur dengan senyuman. Apatah lagi bila kita bangun terpandang muka kesayangan kita, pasti secara automatik terukir senyuman dibibir kita kan.


Mari kita baca fakta mengenai senyuman.


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunujukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justera tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh saintis dari universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.  Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline'.  


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukaan oksigen dalam darah dan ini secaara tidak langsung meransangkan proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


15. Pujangga menyebut: "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA."


Ok, dah bacakan fakta mengenai senyuman. Menarikkan. Bagi yang tidak biasa mengukirkan senyuman itu, apakata kita pakat ramai-ramai sebut perkataan 'TIGA'. Ha.. kan dah senyum, mudahkan.


Salam sayang dari
Syila Rapal

Thursday, May 23, 2013

Selagi Bergelar Manusia

Dari zaman Nabi sihir menyihir memang sudah wujud. Kenapa sihir ini boleh wujud? Pada pandangan peribadi kak Syila, sihir ini wujud bila rasa kurang selesa atau iri hati bila tengok orang lain lebih dari kita. Jadi, manusia lebih senang memilih untuk melawan. 


Biasalah bila hati dah mula nak melawan, syaitan pun apa lagi mulalah cucuk jarum. Dari situlah bermula persahabatan yang akrab antara manusia dan syaitan tanpa kita sedar. Memang dah itulah janji syaitan dengan Allah akan menyesatkan manusia, dan manusia pulak tanpa berfikir panjang dengan iman mula menolong kerja-kerja syaitan itu. Cara yang paling mudah membantu kerja-kerja syaitan ini dengan menyihir orang lain demi untuk kepuasan hati sendiri.


Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempergaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga mengamal masa akan datang. Dalam masyarakat melayu istilah sihir lebih dikaitkan dengan ilmu hitam.


Disini kak Syila kongsikan tanda-tanda bila terkena Sihir / Gangguan Jin.

  • Masak nasi, lauk pauk cepat basi. Misalan masak pagi, petang dah basi.
  • Tiba-tiba bau busuk di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.
  • Tiba-tiba bau wangi di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.
  • Nampak kelibat orang lalu di sebelah kiri, kanan atau depan.
  • Perasan ada orang di belakang tetapi bila tengok tak ada orang.
  • Kerap bunyi guli di atas dinding rumah.
  • Kerap bunyi kerusi tarik-tarik di atas dinding rumah.
  • Barang-barang elektrik di rumah cepat rosak (spt : TV, Radio, Fridge dan sebagainya)
  • Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab.
  • Ahli keluarga cepat marah.
  • Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah.
  • Selalu bergaduh di antara satu sama lain di rumah.
  • Dengar orang yang dikenali (misalan: mak, ayah, abang, suami etc) panggil tapi tengok tak ada orang.
  • Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.
  • Perubahan watak berlaku kepada seseorang (misalan: dahulu dia seorang yang ceria dan periang tapi sekarang suka menyendiri)
  • Suka tengok cermin lama-lama.
  • Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
  • Suka tengok pokok-pokok di luar tingkap rumah pada waktu malam.
  • Suami isteri makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.
  • Suami isteri susah nak bersatu.
  • Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan.
  • Kedai / bisnes dahulu selalu ramai orang kunjungi tetapi sekarang berkurangan dengan teruk.
  • Terjumpa pasir, air atau benda-benda pelik yang berada di depan pintu masuk rumah / kedai secara tiba.
  • Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata tak ada apa-apa.
  • Bila x-ray, terjumpa macam-macam benda yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.
  • Ibadah makin berkurangan, makin malas.
Bila dah tengok tanda-tanda terkena sihir itu, silalah check diri sendiri ye. Bukan apa kita ini kena lebih berhati-hati, rambut manusia sama hitam tapi hatinya kita tak tahu. 



Paling merisaukan tanda-tanda yang terakhir itu ibadah makin berkurangan, makin malas. So, sebelum ianya bertambah melarat dan parah, ada baiknya kita bertindak. 




Sekadar berkongsi untuk pengetahuan kita semua. 


Selamat membaca.


Syila Rapal