بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Labels

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, December 5, 2015

Kelebihan Membaca Al-Quran


Daripada Ibnu Umar ra berkata, sabda Rasulullah SAW, 
"Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya." bagaimana menghapuskan karat tersebut?

Jawab Nabi SAW:
Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.


Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah SAW berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar:
Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? 
Jawb mereka:
"Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya.
Ujar Baginda:
"Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul ?
Jawab mereka:
"Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata."
Ujar Baginda pula:
"Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aksih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril as telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah SWT memuji-muji di hadapan para Malaikat."

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah SAW mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta'ala, maka ujar baginda: "Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kami, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian."


Pernah satu ketika seorang Rasulullah SAW, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak-sejak ini, perasanki tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranki juga selalu kusut. Aku tidak selera makan, tidurku pun tidak lena."


Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu, tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."


Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agaar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doaa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya. "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."


Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta'ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkan. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta'ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak tenteraman jiwa dan fikiran.


Sumber : www.cahayamukmin.blogspot.com


Syila Rapal

Friday, December 4, 2015

Amin, Satu Kata untuk Pelebur Dosa


Sungguh, kita dapati sebahagian saudara kita begitu lalai membaca amin dalam solat padahal para ulama mengungkapkan bahawa kesempatan membaca amin dalam solat.


Rasulullah SAW bersabda:


"Jika seorang imam mengucapkan 'amin' maka ucapkanlah pula 'amin' kerana ungkapan amin seseorang yang bersesuaian dengan ungkapan amin para malaikat akan terampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

Hadis di atas diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.


FAWA'ID AL-HADITS:

Faidah Pertama: Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan amin?
Ungkapan amin bermakna ' Allahumma Istajib '(Ya Allah, kabulkanlah).

Faidah Kedua: Apa hikmah mengucapkan amin selepas imam selesai membaca alfatihah?
Secara umum, dalam setiap kebaikan yang diperintahkan oleh Islam mengandungi begitu banyak hikmah dan kebaikan untuk manusia itu sendiri. Ini sesuai dengan salah satu kaidah agung yang ditetapkan Islam:
الدين جاء لسعادة البشر
" Islam terbit untuk kebahagiaan manusia "
Dalam hadis ini terdapat sebuah pelajaran yang mulia nan agung iaitu pensyariatan ungkapan amin dan keutamaan yang diperoleh bagi orang yang mengucapkannya.
Surat al-Fatihah mengandung do'a teragung, termulia dan terbaik seperti yang diungkpakan para ulama dalam kitab mereka. Secara umum, dalam kitab-kitab yang mensyarah hadis ini, didedahkan bahawa pensyariatan amin dikaitkan dengan doa yang termaktub dalam al-Fatihah.

Faidah Ketiga: Bilakah amin diucapkan?
Para ulama menjelaskan bahawa amin diucapkan beberapa saat setelah imam selesai membaca surat al-Fatihah.

Faidah Keempat: Apakah ma'mum mengucapkan amin mendahului imam atau selepas ungkapan amin sang imam?
Dari hadis tersebut nampak bahawa amin sang imam lebih dahulu dibanding amin ma'mum namun jumhur ulama menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan " ammana al-imam  ( أمن الإمام) "Adalah saat sang imam akan memulakan ungkapan amin. Saat inilah ma'mum bersegera mengucapkan amin sehingga ungkapan imam dan ma'mu menyatu dalam satu masa.

Faidah Kelima: Bolehkan ma'mum mendahului amin imam?
Tidak boleh bagi makmum mendahului unngkapan amin sang imam atau mengakhirkannya agar mendapat keutamaan besar yang disebutkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini.

Faidah Keenam: Apakah yang terhapus adalah semua jenis dosa?
Secara umum, dalam ilmu Usul Fiqh, lafaz "maa ( ما) "Adalah" isim maushul "yang bermakna umum. Artinya, berdasarkan redaksi di atas, dosa yang disebutkan mengandung dosa kecil dan besar.  Namun, para ulama yang meneliti nash mendedahkan bahawa pengguguran dosa yang dimaksudkan dalam hadis di atas dan hadis lain yang seumpamanya berkaitan dengan dosa kecil sahaja.
Syaikh 'Abdurrahman bin Nashir as-Sa'diy mendedahkan bahawa semua nash yang mengandung pengampunan dosa ditujukan terhadap dosa kecil, bukan dosa besar. Dosa besar gugur dengan taubat yang dilakukan seorang hamba.

Faidah Ketujuh: apa yang dimaksudkan dengan "muwaafaqah ( موافقة) / Berkesesuaian "?
Para ulama berbeza pendapat tentang makna " muwaafaqah  ( موافقة) / Berkesesuaian. "
1.  Kesamaan waktu.
Artinya, amin ma'mum dan amin para malaikat bersamaan di waktu yang sama. Kebersamaan do'a dan berpadunya waktu adalah salah satu factor diterimanya doa apalagi doa tersebut bersesuaian dengan doa para malaikat yang memang tidak bermaksiat kepada Allah, melakukan apa yang Allah perintahkan, bershaf-shaf di sisi Allah, bertasbih dan bersujud kepada Allah 'azza wajalla.
2.  Kesamaan ma'mum dengan sifat dan keadaan malaikat iaitu memandang kerendahan diri saat berdoa, menundukkan hati dan khusyu 'kerana Allah tidak menerima doa dari hati dan jiwa yang lalai.1


Faidah kelapan: Siapa malaikat yang disebutkan dalm hadith di atas?
Para ulama menjelaskan bahawa para malaikut pun mendengar bacaan imam. Hanya saja mereka berbeda pendapat tentang malaikat mana saja yang dimaksudkan dalam hadis di atas.

Syaikh 'Abdurrahman bin' Abdullah al-Bassam mendedahkan bahawa malaikat yang dimaksudkan adalah malaikat yang ikut menyaksikan solat tersebut baik malaikat yang ada di bumi maupun malaikat yang ada di langit.

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-'Utsaimin mendedahkan bahawa malaikat yang dimaksudkan hanyalah malaikat yang dibenarkan Allah untuk mengucapkan amin bersama orang yang solat. Dan ini tidak berlaku bagi malaikat yang tidak dibenarkan Allah.

Penutup:
Ada banyak sekali permasalahan fiqhiyyah yang berkaitan dengan hadis di atas, misalnya status hukum ucapan amin dalam solat, sama ada imam wajib membaca amin baik dengan mengeraskan hingga terdengar makmum atau dengan suara pelan, ataukah sebatas sunnah baginya, dan permasalahan lain.

Hanya saja, alangkah baiknya bagi imam dan makmum, dan ini begitu disyorkan para ulama, untuk membaca amin dalam waktu yang sama dengan suara yang terdengar sehingga mereka mendapat keutamaan penghapusan dosa. Begitu pula ketika membaca amin diharapkan dengan hati yang khsuyu 'penuh ketundukan sehingga menyerupai keadaan para mailaikat.

Sungguh, kita dapati sebahagian saudara kita begitu lalai membaca amin dalam solat padahal para ulama mengungkapkan bahawa kesempatan membaca amin dalam solat ini dengan ungkapan:
هذه غنيمة جليلة وفرصة ثمينة ألا وهي غفران الذنوب بأيسر الأسباب فلا يفوتها إلا محروم
" Ini adalah harta / kemenangan (peraihan sesuatu tanpa ada kesulitan sedikit pun -ed) yang mulia dan peluang yang begitu berharga iaitu pengampunan dosa dengan wasilah yang paling mudah. Orang yang terluput dari kesempatan ini hanyalah orang-orang yang memang diharamkan untuk meraihnya "
Wa'hualam

Syila Rapal

Saturday, December 7, 2013

Misteri Surah Al Fatihah


Janji Allah itu Pasti.
Misteri Surah Al Fatihah

1.  AL-FATIHAH dibaca sebanyak 14 kali sebelum tidur, Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.

2.  AL-FATIHAH dibaca 41 kali, selepas tiup ke dalam air dan minum serta air itu dibuat mandian dapat melepaskan rasa sakit dalaman.

3.  AL-FATIHAH dibaca sebanyak 7 kali dan usap di kepala orang yang berpenyakit mental setiap pagi dan sekali sebelum tidur.

4.  AL-FATIHAH dibaca sebanyak 3 kali dalam segelas air, minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan.

5.  AL-FATIHAH dibaca sebanyak 7 kali dan sapu ke atas kepala yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa.

6.  AL-FATIHAH dibaca sebanyak 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit (mulut), kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.

Kak Syila suka mengingatkan, bacalah dalam keadaan yang khusyuk, tawakal kepada Allah dan niatlah dengan jujur. Insya Allah, Ianya merupakan penawar yang terbaik kepada semua. Apa yang penting, kita hambaNya perlu ikhtiar dan berusaha. Allah jua yang mengizinkan. Aamiin.

Syila Rapal

Saturday, June 29, 2013

Hujan Merupakan Rahmat dan Anugerah daripada Tuhan


Bagaimana Hujan Terjadi?


Apabila awam bertemu dengan lapisan udara yang sejuk, ia bertukar menjadi titisan air lalu turun ke bumi, Begitulah terjadinya hujan.


Awan, cuaca sejuk dan hujan tidak mempunyai pengetahuan tentang keperluan hidupan-hidupan. Namun Allah SWT mencipta hujan, awan dan angin untuk memenuhi keperluan manusia.


Air Hujan


Berjuta-juta haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia menggunakan air hujan dan salji yang terkumpul di bumi. Jika tidak ada hujan dan salji, laut menjadi surut dan hidupan-hidupan akan mati kerana ketiadaan air.


Hujan Merupakan Rahmat dan Anugerah daripada Tuhan
  • Apakah akan berlaku jika tiada hujan?
  • Menggerunkan.
  • Apakah akan berlaku jika hujan tidak berhenti?
  • Menakutkan.
  • Apakah akan terjadi jika hujan tidak turun sedikit demi sedikit, tetapi mencurah-curah seperti air laut?
  • Allah SWT menghalang semua itu daripada terjadi.

Ya, Allah SWT menghalangnya. Hujan bukanlah sesuatu yang sia-sia. Allah SWT melindungi kita daripada bencana yang disebabkan oleh hujan.


Allah Yang Maha Pemurah selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-makhluk. Allah SWT menurunkan hujan dan salji secara percuma.


Syila Rapal

Friday, June 28, 2013

Rahsia Pelangi


Pelangi terbentuk apabila matahari dan hujan muncul bersama. Adakah mereka berhubung antara satu sama lain? Semua garisan warna pelangi adalah sama.

Warna-warna tersebut ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Garisan warna-warna ini tidak berubah dan tidak bercampur. Adakah titisan air menentukan sendiri warna pelangi?

Berjuta-juta titisan hujan diperlukan untuk menghasilkan pelangi. Walau bagaimanapun, pelangi tetap mempunyai bentuk yang sama. Ia tidak berubah kepada bentuk lurus atau mencondong. Bentuknya sentiasa melengkung. Mengapakah pelangi tidak terkeliru dengan bentuknya?

Adakah cahaya matahari membentuk pelbagai jenis warna mengikut kehendak sendiri? Adakah titisan air memilih untuk memantulkan cahaya dengan kehendak sendiri? Adakah pelangi kelihatan cantik mengikut kehendak sendiri? Sudah tentu tidak. Jadi, siapakah yang berkuasa menjadikan semua ini?

Titisan hujan, matahari dan alam semesta tidaak mempunyai kuasa untuk mencipta pelangi. Allah SWT yang mencipta matahari, hujan dan seluruh alam semesta.

Pelangi akan terjadi jika ada cahaya matahari dan hujan. Pelangi ialah lapisan-lapisan warna yang menghiasi langit. Pelangi hanyalah sebuah imej. Ia merupakan sekumpulan cahaya yang wujud apabila cahaya matahari yang terbias melalui titisan air di udara. Kita pasti tidak akan berasa jemu untuk melihat keindahan pelangi.


Butir-butir air hujan itu ada yang kecil ada yang besar. Butir hujan yang besar berukuran 2 milimeter sedangkan yang kecil berukuran 0.01 milimeter. Warna-warni pelangi yang indah ini akan muncul lengkap dan bagus jika sinar matahari mengenai butiran air hujan yang besar. Butir air hujan yang kecil akan menghasilkan pelangi yang bertindih dan berwarna pucat.


Cahaya matahari wujud hasil daripada campuran pelbagai jenis cahaya. Sesetengah objek seperti air, cermin dan kristal memisahkan cahaya matahari kepada beberapa warna.


Titisan air hujan juga memisahkan cahaya matahari. Pelangi terjadi apabila matahari muncul semasa hujan. Matahari dan hujan perlu muncul bersama-sama untuk menghasilkan pelangi.


Pelangi hanya muncul di waktu pagi dan petang yang cerah. Pelangi yang panjang akan muncul jika hujan terjadi pada waktu pagi dan petang. Pelangi tidak akan muncul walaupun hujan dan matahari bersinar terang pada pukul 12 tengahari. Di bawah pelangi, langit kelihatan selalu terang kerana sinar warna - warni pelangi kembali menjadi satu.


Mengapakah Pelangi Kelihatan Melengkung?

Pelangi berbentuk separuh bulatan. Ia seakan-akan bermula pada satu titik dan berakhir pada titik yang lain. Bumi berbentuk sfera. Atmosfera yang meliputi bumi juga berbentuk sfera. Disebabkan atmosfera berbentuk sfera, maka pelangi kelihatan melengkung.


Kebanyakan ciptaan Allah SWT bersifat geometri. Semuanya mempunyai bentuk-bentuk tertentu. Geometri objek menunjukkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.


Syila Rapal

Thursday, June 13, 2013

Khasiat Berwuduk Sebelum Tidur


Apakah anda sering berwuduk setiap kali setiap kali sebelum tidur? Amalan berwuduk sebelum tidur sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan tetapi ramai di antara kita mengabaikannya. Khasiatnya cukup banyak kepada sesiapa yang menjadikannya sebagai amalan sebelum tidur.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap "Ya Allah ampunilah hambaMu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci,
(Hr Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).


Sesungguhnya berwuduk bukan sekadar membasahkan muka dari air sahaja, bahkan jumlah kuman pada orang yang berwuduk adalah lebih sedikit berbanding orang yang tidak berwuduk. Dengan menghirup air ke dalam hidung, kita dapat mencegah timbulnya penyakit dalam hidung. Begitu juga dengan bahagian anggota wuduk yang lain, secara tak langsung berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wuduk sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.



Dengan berwuduk tubuh kita akan berasa segar. Setiap kali kita berwuduk, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Tentu kita tidak pernah terfikir akan hal yang betul-betul luar biasa ini!




Di samping itu tentunya anjuran untuk berwuduk juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.



Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I'jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah Al Nabawiyah menjelaskaan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wuduk sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-yela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuk telinga hingga membasuh kaki hingga mata kaki.



Para pakar kesihatan di dunia juga sentiasa mengaanjurkan agar kita mencuci kaki, mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agara dapat menjaga kesihatan kulit muka.



Di samping itu tentunya anjuran untuk berwuduk juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.





Khasiat berwuduk sebelum tidur:

  1. Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wuduk, maka fikiran kita akan beraasa tenang. Badan juga akan terasa segar.
  2. Mencerah kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana pretasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita akan sentiasa bersih dan menjadi cerah.
  3. Didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah.


Besar sungguh manfaat berwuduk yang kadang-kadang kita tidak sedar atau tak ambil berat. Oleh kerana itu, sentiasalah berwuduk kerana Allah.


Syila Rapal

Monday, June 10, 2013

Solat Sunat Isyraq


Solat Sunaat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah rmatahari naik anggaran setengah galah ( 4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari. Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari.





Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.



Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa solat Subuh berjelmaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.”
(Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)


Cara Melakukan Solat Isyraq



1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut.





2. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.



3. Lafaz niatnya:-“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”



4. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.


Atau;

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.


5. Selepas salam bacalah doa ini.




Syila Rapal

Sunday, June 9, 2013

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN


Assalamualaikum.

Post kali ini Kak Syila ambil dari blog lain sebagai rujukan semua. Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua. Insya Allah.


Soalan:
Saya ada dua soalan.




1 ) Bagaimana nak buat solat tarawih bersendirian?


2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat tarawih itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)


Jawapan:


1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. 

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).


2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.


Wallahu a’lam.Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).



Syila Rapal

Saturday, June 8, 2013

Solat Tahajjud


Sedikit perkongsian yang kak Syila dapat dari beberapa blog yang bermanfaat di kongsikan bersama-sama. 

SOLAT TAHAJJUD


Solat Tahajjud adalah solat sunnah yang dilaksanakan pada waktu malam hari. Jumlah rakaat yang dikerjakan saat solat Tahajud adalah paling sedikkit dua rakaat dan paling banyak tidak terbatas jumlahnya. Waktu solat Tahajjud setelah solat Isya' hingga terbitnya fajar (solat Subuh).


Solat Tahajjud dilakukan setelah melakukan tidur (hingga hilang sedar) terlebih dahulu, kemudian melaksanakan solat di waktu-waktu tahajjud yang telah disebutkan di atas dengan masing-masing dua rakaat dan akan lebih utama jika ditutup dengaan solat witir dengan jumlah rakaat yang ganjil seperti 1,3,5 dan sebagainya.



TATA TERTIB SEBELUM MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD


Adab-adab atau perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum mendirikan solat Tahajjud ialah


1.  Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan solat Tahajjud.

2.  Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit dan bersugi sambil berdoa.

3.  Selanjutnya Rasulullah SAW membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Imran.

4.  Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga hilang rasa 
mengantuk. Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan solat malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila tubuh badan dalam keadaan segar.

CARA UNTUK MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD


Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.


Rasulullah SAW telah bersabda: 

"Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istigamah) walaupun sedikit."

(Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut:


.لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ، اَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْْبِى وَاَسْأَلُك رَحْمَتَكَ

اَللَّهُمَّ زِدْنِىْ عِلْمًا وَلاَ تُزِغْ قَلْبِىْ بَعْدَ اِذْهَدَيْتَنِىْ وَهَبْ لِىْ مِنْ

لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ.  اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِىْ اَحْيَانِىْ 

بَعْدَ مَا اَمَاتَنِىْ وَاِلَيْهِ النُّشُوْرِ.  وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الْعَالَمِيْنَ


Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikaau berikan petunjuk.
Dan berikanlah daku Rahmat-Mu, Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan dan kepada-Nyalah tempatku kembali.


2.  Lafaz dan niat untuk solat tahajud ialah:


أُصَلِّيْ سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ للَّه تَعَا لَى

"Sahaja aku sembahyang sunat Tahajud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



3.  Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah



          a)    Rakaat pertama : Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)

                  Rakaat kedua    : Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)

Atau


          b)    Rakaat pertama : Ayat Al-Kafirun

                  Rakaat kedua    : Surah Al-Ikhlas

Atau

           c)   10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran
                   (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4.  Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut      3 kali:


رَبِّ اَدْ خِلْنِىْ مُدْخَلَ صِدْقٍ وَّاَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقِ وَاجْعَلْ

لِّىْ مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِـيْرًا

Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam pintu kebenaran, keluarkanlah daku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah bagiku ddaripada-Mu pembantu!


5.  Selepas selesai mengerjakan solat tahajud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW


  لَلَّهُمَّ اجْعَلْ فِى قَلْىِ نُوْرًا، وَفِى لِسَانِى نُوْرًا،  وَاجْعَلْ فِى

سَمْعِىْ نُوْرًا،  وَاجْعَلْ فِى بَصَرِيْ نُوْرًا،  وَاجْعَلْ فِى خَلْقِى

.نُوْرًا،  وَمِنْ أَمَامِى نُوْرًا،  وَاجْعَلْ مِنْ فَوْقِى نُوْرًا

.اَللَّهُمَّ أَتِنِى نُوْرًا

Ya Allah! Jadikanlah di dalam haatiku cahaya, pada lidahku cahaya dan jadikan pada pendengaranku cahaya serta jadikan pada penglihatanku cahaya, jadikan di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan dari bawhku cahaya. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!

KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD


1.     Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2.     Doa dimakbulkan Allah.
3.     Memperolehi ketenangan jiwa.
4.     Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5.     Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6.     Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7.     Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8.     Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9.     Menjadi lebig berdisiplin dalam melakukan tugas.
10.   Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11.   Terkeluar daripada cacatan sebagai golongan yang lalai.
12.   Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13.   Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14.   Orang bersolat Tahajjud menjadi kesayangaan Allah SWT.
15.   Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16.   Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17.   Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18.   Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titisan Siratul-Mustaqim.

WAKTU-WAKTU SOLAT TAHAJJUD YANG MUSTAJAB


Waktu-waktu solat Tahajjud yang mustajab terbahagi atas tiga waktu iaitu sepertiga pertama, kedua dan ketiga. Disini akan kita bahas bersama-sama mengenai waktu-waktu solat Tahajjud tersebut



Waktu-waktu solat tahajjud terbahagi atass tiga waktu yang utama. Berikut adalah waktu-waktu solat tahajjud.



1.  Sepertiga Malam yang Pertama



Waktu solat Tahajjud ini dilaksanakan kira-kira mulai dari pukul 7.00 sampai pukul 10.00 malam. Waktu solat yang pertama ini termasuk dalam waktu yang utama untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT.




2.  Sepertiga Malam yang Kedua



Waktu solat Tahajjud ini termasuk dalam waktu solat yang lebih diutamakan dibandingkan sepertiga malam yang pertama. Waktu solat Tahajjud pada sepertiga malam kedua kira-kira dimulai sejak pukul 10.00 malam hingga pukul 1.00 pagi.




3.  Sepertiga Malam yang Ketiga



Waktu solat Tahajjud yang terakhir ini menjadi waktu paling utama dibandingkan waktu-waktu solat Tahajjud lainnya. Waktunya adalaah dimulai kira-kira sejak pukul 1.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh.



Pada waktu solat Tahajjud sepertiga malam yang ketiga ini, menjadi waktu yang sangat mustajab untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT. Doa-doa tersebut akan didengarkan langsung oleh para malaikat yang diturunkan oleh Allah ke bumi dan akan segera menyampaikan doa-doa manusia di waktu-waktu solat yang mustajab kepada Allah.



Dengan mengetahui waktu-waktu solat yang utama dalam solat Tahajjud, tentu kita semua akan lebih meningkatkan ketakwaan serta keimanan kepada Allah SWT atas segala nikmatn-Nya di waktu-waktu yang tidak banyak orang memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
          

TIPS BANGUN SOLAT TAHAJJUD


1.  Ikhlas 

Kita harus bersikap ikhlas kepada Allah SWT. Hanya Allah yang boleh melihat lita solat malam sementara orang lain tidur.

Kita perlu menunjukkan pada Allah bahawa kita mencintai-Nya secara ikhlas dengan perilaku dan perkataan kita.


2.  Mengetahui keuntungan solat malam.

     a) Solat malam mampu membersihkan jiwa dan menghilangkan kemalasan.
     b) Orang yang melaksanakan solat malam mendapat ganjaran atau pahala            yang tidak didapat oleh sebagian besar umat manusia.
     c) Solat malam adalah salah satu cara bersyukur pada Allah (dan siapa yang          bersyukur akan ditambah rezekinya).
     d) Solat malam mencegah perbuatan dosa.
     e) Solat malam adalah ketika pintu-pintu langit dibuka, doa dijawab dan                kebutuhan mereka yang meminta akan dipenuhi.
     f)  dan masih banyak lagi.


3.  Tidur Menghadap ke Kanan

Mungkin secara logiknya jantung berada di bahagian kiri dada, dan dengan tidur menghadap ke kanan, maka jantung akan tetap berada di atas. Dengan ini. seseorang tidak akan tidur secara dalam hanya tidur ringan. Jika seseorang tidur menghadap ke kiri, maka ia akan tidur dengan sangat pulas (tidak sesuai jika ingin bangun pagi-pagi)


4.  Berwudhu Sebelum Tidur

Mungkin biasanya kita dianjurkan untuk mencuci kaki sebelum tidur, tetapi jika kita ingin bangun malam untuk solat Tahajjud, maka berwudhu sebelum tidur akan lebih baik. Dengaan begini, kita akan mengingat Allah sebelum tidur.


5.  Tidur Lebih Awal dan Baca Doa

Ketika kita akan tidur, maka kita perlu berniat untuk bangun solat malam, dengan membaca doa berikut:
  • Baca SubhanAllah (33 kali), Alhamdulillah (33 kali) dan Allahuakbar       (34 kali) - Total 100 
  • Baca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas dan Surah Al-Kafirun
  • Baca Ayat Kursi, untuk melindungi diri dari syaitan sehingga kita boleh bangun lebih awal. Ini berdasarkan hadis berikut.
"Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah Ayat Kursi, nescaya Allah akan senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi"
(HR. Al-Bukhari)

  • Membaca doa sebelum tidur.

بِسْمِكَ اَلَّلهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

"Dengan menyebut nama-Mu Ya Allah aku dihidupkan dan aku dimatikan"


6.  Elakkan terlalu Banyak Makan dan Minum Sebelum Tidur

Sebaiknya tidak makan kira-kira 2 jam sebelum tidur.


7.  Hindar Hal yang Makruh Sebelum tidur

Ada beberapa hal yang makruh yang sepatutnya dijauhi untuk dilakukan sebelum tidur. Diantaranya:

Makruh tidur di atas dak terbuka, berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh sahabat 'Ali bin Syaiban bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang tidur malam di atas atap rumah yang tidak ada penutupnya, maka hilanglah jaminan darinya" (HR. Bukhari).

Makruh tidur dalam posisi telengkup (perut sebagai tumpuan), Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya cara berbaring seperti ini (telungkup) adalah cara berbaringnya penghuni neraka" (HR Ibnu Majah)

Demikian diantara amalan-amalan ringan yang bisa dilakukan oleh seorang muslim sebelum tidur.

Semoga Allah memudahkan kita dalam setiap kebaikan di sisa umur kita. Amiin.
(Muhammad Rezki Hr)



Salam sayang dari

Syila Rapal