بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Friday, May 31, 2013

Hidup Lebih Bahagia Bersama Hormon Endorfin



Kesihatan sejati adalah menangani kesihatan sebelum penyakit datang serta umur yang lebih panjang terbebas dari penyakit.



Setiap manusia tentunya ingin hidup sihat dan menikmati hidup dengan lebih lama. Rahsia hidup sihat dan berumur panjang adalah dengan menjaga keremajaan otak dengan cara terus mengaktifkan 'Hormon kebahagiaan (Endorphin)' sebanyak mungkin melalui fikiran positif. Hormon kebahagiaan berkhasiat memperkuat daya tahan tubuh, menjaga sel otak tetap muda, melawan penuaan, menurunkan agresif dalam hubungan antara manusia, meningkatkan semangat, daya tahan & kreativiti.




Endorphin merupakan gabungan dari kata endogenous dan morphine, iaitu sebuah unsur daripada protein yang dihasilkan oleh sistem saraf manusia. Unsur ini sering disebut 'morphin' yang keluar, dari kelenjar pituitari dan hipotalamus yang berada di dasar tulang tengkorak.




Di dasar tengkorak jugalah terletak otak yang mengatur emosi (emotional brain), sehingga sangat erat hubungan endorfin dan emosi kita. Endorfin mengurangkan rasa sakit, menghilangkan stres, sedih, kemurungan, maupun rasa cemas dan menjaga kesihatan mental kita. Kata morfin berkaitan erat dengan endorfin.




Morfin pada awalnya dipakai dalam dunia perubatan untuk mengurangkan rasa sakit, untuk sementara waktu membawa si pemakainya merasa selesa sejenak, melupakan rasa sakit yang menderanya. Kerana itulah banyak orang memakai morfin untuk mencapai kenikmatan sesaat dengan kos dan risiko yang tinggi. Selain mahal harganya, morfin tidak boleh dibeli bebas, dan membuat sang pemakai ketagihan dan mengalami kesan sampingan yang membahayakan kesihatan otak.




Untuk apa mencari morphin sintetik dari luar tubuh, jika badan kita boleh menghasilkan sendiri? Percuma lagi. Selain boleh mengurangkan rasa sakit, endorfin membuat tubuh makin sihat, relaks dan tanpa kesan sampingan yang berbahaya. Hanya diperlukan usaha dari dalam diri untuk mendatangkan sang hormon bahagia ini. Seperti morfin, endorphin membuat sang penikmatnya menjadi ketagihan untuk lebih banyak melakukan aktiviti gerak guna mengundang sang pembawa rasa bahagia.




Endorfin tidak datang secara tiba-tiba di dalam tubuh dan kehidupan kita. Kita perlu melakukan beberapa usaha untuk mendatang hormon bahagia ini, kerana hormon ini akan  muncul bila cadangan glukosa dalam tubuh mulai habis. Otot tubuh memerlukan oksigen yang cukur untuk membakar glukosa menjadi Adenosine Triphospate (ATP) yang akan ditukar menjadi tenaga yang diperlukam oleh sel-sel tubuh kita.




Apabila glukosa habis, barulah lemak dibakar. Pada saat glukosa habis dibakar inilah endorfin mula muncul. Dan inilah jawapan pentingnya melakukan aktiviti suka yang teratur untuk membakar glukosa melalui aktiviti otot yang akan menghasilkan ATP sehingga endorfin akan muncul dan membawa rasa selesa, senang dan bahagia. Sehingga selepas kita melakukan aktiviti sukan, tubuh terasa lebih segar walaupun telah menggunakan tenaga dari tubuh kita.




Jadi, kaitan tahap stres dengan sukan yang teratur makin tampak pola hubungannya. Sukan yang teratur merupakan salah satu syarat mutlak untuk mengurangkan tahap stres yang tinggi. Salah satu sukan yang meningkatkan hormon endorfin secara maksimum adalah yoga.




Yoga menggabungkan regangan otot secara teratur dam maksimum disertai pernafasan yang dalam dan teratur yang akan membekalkan oksigen lebih tinggi yang sangat berguna membakar glukosa pada saat meregangkan otot. Pada saat selesai melakukan yoga, Biasanya orang akan merasakan keselesaan dan kelonggaran yang dalam, buka rasa lelah dan penat. Ada juga yang mempercayai bahawa yoga boleh memanjangkan usia dan membuat orang yang mempratikkannya akan awet muda.




Kegiatan fizikal lain yang meningkatkan hormon endorfin adalah membawa belahan jiwa anda sampai ke puncak yang akan membawa perasaan relaks, nyaman dan bahagia. Anda boleh melihat pada belahan jiwa anda, yang akan bersinar-sinar mata dan wajahnya kerana sang endorfin bersamanya. Beberapa buku menuliskan bahawa faktor usia tidak menghalang kegiatan romantis ini jika tubuh sentiasa cergas. 




Jadi, memang terlihat adanya hubungan yang sangat erat antara badan yang sihat dengan hormon bahagia ini. Ingin hidup lebih bahagia? Jemputlah endorfin, sang hormon pembawa rasa gembira dan bahagia. Nikmatilah hidup anda dengan lebih ghairah dan perbanyakkan aktiviti raga anda.





Salam sayang dari
Syila Rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.