بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Thursday, May 30, 2013

Senaman Pagi Hari Lebih Menyihatkan



Rata-rata orang merasa malas bila diajak untuk bersenam, lebih-lebih lagi di waktu pagi hari. Rasanya, lebih selesa dan enak jika menarik selimut dan menyambung tidur. Jika tidak sekalipun, tentunya lebih menarik sekali jika dapat bersantai menonton televisyen, membaca surat khabar sambil minum kopi panas.



Namun, tidak ramai yang mahu meneliti manfaat apabila kita berolahraga di pagi hari. Berbanding melakukan olahraga di waktu petang, ada baiknya melakukan olahraga di waktu pagi. Ikuti tiga antara sebab mengapa olahraga di waktu pagi lebih baik berbanding olahraga di waktu petang.


Bantu tingkatkan mood

Adakah anda seorang yang sering bersikap merungut-rungut di pagi hari? 
Menurut kajian, olahraga dinwaktu pagi mampu meningkatkan hormon endorphin iaitu hormon yang mencipta suasana hati yang menyenangkan. Berjoging di pagi hari contohnya, dapat membantu menghindarkan anda dari emosi negatif serta membuat anda tersenyum sepanjang hari.

Bantu bakar kalori

Bukan hanya melakukan kerja-kerja rumah atau kerja di pejabat, tetapi tidak kira apa juga aktiviti yang anda lakukan di pagi hari dapat mendorong tubun dan mengatur agar tubuh dapat membakar kalori dengan lebih banyak lagi sepanjang hari, termasuk ketika anda sedang beristirehat.

Udara pagi menyihatkan

Para pengkaji percaya bahawa secara umum, kualiti udara di waktu pagi hari lebih baik berbanding ketika waktu tengahari dan petang. Menghirup udara segar dan nyaman di pagi hari membuatkan tubuh anda terhalang dari dedahan racun dan pencemaran di dalam udara.




Luangkan sedikit masa untuk kebaikan diri kita sendiri. Ambil masa yang sekejap pun tak apa, yang penting tubuh badan kita sihat. Insya Allah.


Salam sayang dari
Syila Rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.