بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Saturday, June 1, 2013

Hormon Endorfin Terhasil Cemerlang Melalui Terapi Mandian Medicspa



Post yang lepas kak Syila ada kongsikan apa itu hormon Endorfin (hormon penenang dan rasa nyaman). Secara umumnya mengetahui bahawa senaman berupaya meningkatkan kadar hormon endorfin di dalam tubuh, meningkatkan mood, kecergasan, perasaan nyaman dan selesa. Selain itu, senaman juga menyebabkan terhasilnya hormon endorfin selain berupaya mengurangkan stress! Tetapi bagaimana jika seseorang tidak bersenam atau tidak mampu untuk bersenam disebabkan masalah kesihatan? Jawapan paling eksklusif ialah dengan menjalani terapi mandian mediCspa!



Hormon endorfin adalah polypeptides yang mengandungi 30 unit asid amino. Opioid dianggap sebagai hormon tekanan seperti corticotrophin, kortisol dan catecholamines (adrenalin - noradrenalin), dihasilkan oleh tubuh untuk mengurangkan tekanan dan melegakan kesakitan. Ia biasanya dihasilkan sewaktu berlaku tekanan yang melampau, endorfin semulajadi menghalang isyarat sakit yang dihasilkan oleh sistem saraf. Tubuh kita akan menghasilkan sekurang-kurangnya 20 jenis endorfin yang berbeza dengan keperluan dan kegunaannya. Endorfin adalah polypeptides yang mampu mengikat neuroreseptor di otak untuk memberikan kelegaan daripada sakit.




Tidak ramai yang faham bahawa endorfin semulajadi yang dihasilkan oleh pelbagai aktiviti seperti meditasi, menari, nafas panjang, ketawa girang, makan makanan pedas, menerima rawatan akupunktur atau terapi kiropratik sebenarnya baik untuk kesihatan, mengurang stress malah boleh membantu mengurang dan mengatasi gejala ketagihan seperti ketagihan dadah. 




Dari hasil kajian terkini mendapati pemakanan dan ketidakseimbangan biokimia tubuh berpotensi besar untuk seseorang terlihat dengan penyalahgunaan dadah.




Endorfin dipercayai berupaya menghasilkan empat kesan utama pada tubuh:

1) Meningkatkan sistem imum
2) Melegakan kesakitan
3) Mengurangkan tekanan
4) Melambatkan kesan proses penuaan



Saintis juga mendapati bahawa beta-endorfin boleh mengaktif dan meningkatkan kualiti sel-sel tubuh dan berupaya merangsang sistem imum untuk menentang penyakit dan membunuh sel-sel kanser.




Makanan tertentu juga dipercayai boleh meningkatkan pengeluaran endorfin semulajadi tubuh seperti coklat. Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa coklat menyebabkan endorfin dapat dihasilkan dengan segera. Kerana dengan memakan coklat membuatkan seseorang akan rasa tenang. Coklat merupakan makanan yang berupaya menghasilkan endorfin yang paling popular di muka bumi.





Selain gula, kafein dan lemak, coklat mengandungi lebih daripada 300 sebatian konstituen yang berbeza, termasuk anandamide, bahan kimia yang meniru sifat semulajadi ganja, kesan menenangkan pada otak. Ia juga mengandungi sebatian kimia seperti flavonoid yang mempunyai keupayaan antioksida dan mengurangkan serum kolestrol. 



Beberapa kaedah penyembuhan popular telah ditemui berupaya merangsang pengeluaran endorfin. Ia termasuk akupuntur, urut (termasuk shiatsu), rangsangan gelombang elektrik (elektroterapi), kiropraktik dan HIDROTERAPI, yang melibatkan urutan terapeutik di dalam air (hydromassage) dengan menggunakan keupayaan kombinasi Ozon - Oksigen - Ion Negatif - FIR - Ultrasonik, pancuran air panas / sejuk / mandi biasa, mandi wap ataupun sauna inframerah jauh.




Pelepasan endorfin dari ketawa girang bukan sahaja melegakan kesakitan akibat kemalangan ataupun penyakit, ia berupaya membantu mempercepat proses penyembuhan. Sebagai contoh, doktor juga boleh menggunakan visualisasi kreatif seperti mengarahkan pesakit menarik nafas panjang dan berulangan untuk meningkatkan pengeluaran endorfin tubuh, melegakan kesakitan. 




Kajian juga telah menunjukkan bahawa tekanan kronik, kemarahan dan kemurungan berpanjangan menyebabkan tubuh akan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menghalang proses penyembuhan dan memendekkan jangka hayat, manakala kegembiraan, ketenangan / keghairahan melindungi kita dari tekanan, penyakit dan kematian awal.




Salam sayang dari

Syila Rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.