بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Tuesday, June 11, 2013

5 Langkah Membina Minda Jutawan


Pernahkah terlintas di fikiran anda, sebenarnya apakah yang ada di dalam minda seorang jutawan? 



untuk menjadikan seseorang berjaya, apakah persediaan minda yang perlu dilakukan?


Kita sering terdengar tentang cerita seseorang yang tiba-tiba mendapat durian runtuh (dari segi kewangan ye, bukan duriannya), tetapi tidak kekal lama. Segala apa yang dimiliki entah hilang kemana?


Ini berlaku kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima situasi durian runtuh tersebut. Maka, konflik antara minda yang belum tersedia dan tingkah lakunya terjadi.


Perkongsian kali ini berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas orang-orang yang berjaya, tidak kira samada jutawan, ahli sukan, personality atau ahli politik. NLP (Neuro Linguistic Programming) adalah teknik yang sering digunakan dalam menguasi minda.


Teknik ini menyentuh cara menguasai minda yang sering digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.


Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya. Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer di dunia yang dapat berfungsi seperti minda kita. Jom, kita kongsikan cara-cara untuk menggunakan kuasa minda untuk berjaya?




5 langkah untuk membangunkan minda jutawan



1. Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda impikan.



Seseorang akan menjadi apa yang difikirkannya pada kebanyakkan masa. Apa yang sering kita fkirkan? Usahawan yang berjaya akan sering memenuhi mindanya dengan urusan perniagaannya. Ahli sukan akan sentiasa memenuhi mindanya dengan gambaran memenangi pingat.


Lance Armstrong, seorang ahli sukan yang popular pernah menghidap penyakit barah yang amat serius sehingga para doktor mengnggap beliau tiada peluang untuk meneruskan hidup. Lance Armstrong dapat membuktikan beliau boleh pulih dari barah, malahan dengan menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan dalam bidang lumba basikal, Lance Armstrong dapat memenangi pertandingan basikal yang paling sukar sekali iaitu Tour de France sebanyak 7 kali.



Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahukan, ianya dapat menjadikan sebahagian dari minda separug sedar anda sehingga minda anda sendiri mendorong untuk mencapai apa jua kejayaan.




2. Sebutkan dengan jelas



Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda anda. Minda akan lebih berfungsi dengan sempurna dengan menyebut. Teknik ini digelarkan sebagai affirmation. Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan diri sendiri. 



Affirmation yang paling popular digunakan di dunia adalah:-



"In every day and every way I am getting better and better".

"Setiap hari dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"


Ianya adalah penting untuk membuktikan kata-kata anda adalah sesuatu yang benar. Sekiranya, setiap hari anda menjadi semakin malas, maka kata-kata itu tidak akan membantu tetapi hanya akan mengurangkan motivasi anda disebabkan minda akan menemui konflik.



Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan keluar setiap petang untuk bersenam dan menjadi semakin sihat, tetapi anda hanya duduk di rumah sambil baring-baring menonton televisyen, kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah, ianya akan mengurangkan motivasi anda.



Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti,



"Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan membantu dalam kewangan saya!" Kemudian, terus ke komputer anda dan mulakan penulisan novel anda itu!




3. Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan



Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut. Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 5 tahun lagi apa yang telah anda capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama swimming pool, playground dan 3 buah kereta mewah di garage.   



Lebih jelas anda menggambarkan bahwa anda berjaya mendapat apa yang anda impikan, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk mencapai impian tersebut. Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca dan sebagainya dengan jelas.



Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran di dalam minda anda, lebih hebat kesannya kepada anda. Simpan gambaran tersebut selama 1 minit... 5 minit dan sebagainya. Kekerapan anda mengambarkan ini juga akan membantu di mana sekiranya anda lebih kerap membayangkan setiap hari, maka ia akan mudah menjadi untuk anda.



Jangan lupa anda akan menjadi apa sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.




4. Masukkan emosi



Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan apa yang anda mahukan, affirmation dan juga membayangkan anda mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.


Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk hireraki keperluan maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluara anda gembira, teman-taman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasan di sekililing anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi kerana ianya akan membantu anda.



Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi anda.




5. Percaya dan yakin ianya terjadi



Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan, kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar. kesemuanya ini adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin anda boleh berjaya.




Syila rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.