بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Saturday, June 8, 2013

Solat Tahajjud


Sedikit perkongsian yang kak Syila dapat dari beberapa blog yang bermanfaat di kongsikan bersama-sama. 

SOLAT TAHAJJUD


Solat Tahajjud adalah solat sunnah yang dilaksanakan pada waktu malam hari. Jumlah rakaat yang dikerjakan saat solat Tahajud adalah paling sedikkit dua rakaat dan paling banyak tidak terbatas jumlahnya. Waktu solat Tahajjud setelah solat Isya' hingga terbitnya fajar (solat Subuh).


Solat Tahajjud dilakukan setelah melakukan tidur (hingga hilang sedar) terlebih dahulu, kemudian melaksanakan solat di waktu-waktu tahajjud yang telah disebutkan di atas dengan masing-masing dua rakaat dan akan lebih utama jika ditutup dengaan solat witir dengan jumlah rakaat yang ganjil seperti 1,3,5 dan sebagainya.



TATA TERTIB SEBELUM MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD


Adab-adab atau perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum mendirikan solat Tahajjud ialah


1.  Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan solat Tahajjud.

2.  Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit dan bersugi sambil berdoa.

3.  Selanjutnya Rasulullah SAW membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Imran.

4.  Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga hilang rasa 
mengantuk. Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan solat malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila tubuh badan dalam keadaan segar.

CARA UNTUK MENDIRIKAN SOLAT TAHAJJUD


Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.


Rasulullah SAW telah bersabda: 

"Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istigamah) walaupun sedikit."

(Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut:


.لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ، اَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْْبِى وَاَسْأَلُك رَحْمَتَكَ

اَللَّهُمَّ زِدْنِىْ عِلْمًا وَلاَ تُزِغْ قَلْبِىْ بَعْدَ اِذْهَدَيْتَنِىْ وَهَبْ لِىْ مِنْ

لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ.  اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِىْ اَحْيَانِىْ 

بَعْدَ مَا اَمَاتَنِىْ وَاِلَيْهِ النُّشُوْرِ.  وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الْعَالَمِيْنَ


Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikaau berikan petunjuk.
Dan berikanlah daku Rahmat-Mu, Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan dan kepada-Nyalah tempatku kembali.


2.  Lafaz dan niat untuk solat tahajud ialah:


أُصَلِّيْ سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ للَّه تَعَا لَى

"Sahaja aku sembahyang sunat Tahajud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



3.  Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah



          a)    Rakaat pertama : Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)

                  Rakaat kedua    : Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)

Atau


          b)    Rakaat pertama : Ayat Al-Kafirun

                  Rakaat kedua    : Surah Al-Ikhlas

Atau

           c)   10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran
                   (Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4.  Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut      3 kali:


رَبِّ اَدْ خِلْنِىْ مُدْخَلَ صِدْقٍ وَّاَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقِ وَاجْعَلْ

لِّىْ مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِـيْرًا

Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam pintu kebenaran, keluarkanlah daku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah bagiku ddaripada-Mu pembantu!


5.  Selepas selesai mengerjakan solat tahajud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW


  لَلَّهُمَّ اجْعَلْ فِى قَلْىِ نُوْرًا، وَفِى لِسَانِى نُوْرًا،  وَاجْعَلْ فِى

سَمْعِىْ نُوْرًا،  وَاجْعَلْ فِى بَصَرِيْ نُوْرًا،  وَاجْعَلْ فِى خَلْقِى

.نُوْرًا،  وَمِنْ أَمَامِى نُوْرًا،  وَاجْعَلْ مِنْ فَوْقِى نُوْرًا

.اَللَّهُمَّ أَتِنِى نُوْرًا

Ya Allah! Jadikanlah di dalam haatiku cahaya, pada lidahku cahaya dan jadikan pada pendengaranku cahaya serta jadikan pada penglihatanku cahaya, jadikan di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan dari bawhku cahaya. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!

KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD


1.     Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2.     Doa dimakbulkan Allah.
3.     Memperolehi ketenangan jiwa.
4.     Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5.     Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6.     Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7.     Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8.     Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9.     Menjadi lebig berdisiplin dalam melakukan tugas.
10.   Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11.   Terkeluar daripada cacatan sebagai golongan yang lalai.
12.   Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13.   Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14.   Orang bersolat Tahajjud menjadi kesayangaan Allah SWT.
15.   Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16.   Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17.   Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18.   Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titisan Siratul-Mustaqim.

WAKTU-WAKTU SOLAT TAHAJJUD YANG MUSTAJAB


Waktu-waktu solat Tahajjud yang mustajab terbahagi atas tiga waktu iaitu sepertiga pertama, kedua dan ketiga. Disini akan kita bahas bersama-sama mengenai waktu-waktu solat Tahajjud tersebut



Waktu-waktu solat tahajjud terbahagi atass tiga waktu yang utama. Berikut adalah waktu-waktu solat tahajjud.



1.  Sepertiga Malam yang Pertama



Waktu solat Tahajjud ini dilaksanakan kira-kira mulai dari pukul 7.00 sampai pukul 10.00 malam. Waktu solat yang pertama ini termasuk dalam waktu yang utama untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT.




2.  Sepertiga Malam yang Kedua



Waktu solat Tahajjud ini termasuk dalam waktu solat yang lebih diutamakan dibandingkan sepertiga malam yang pertama. Waktu solat Tahajjud pada sepertiga malam kedua kira-kira dimulai sejak pukul 10.00 malam hingga pukul 1.00 pagi.




3.  Sepertiga Malam yang Ketiga



Waktu solat Tahajjud yang terakhir ini menjadi waktu paling utama dibandingkan waktu-waktu solat Tahajjud lainnya. Waktunya adalaah dimulai kira-kira sejak pukul 1.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh.



Pada waktu solat Tahajjud sepertiga malam yang ketiga ini, menjadi waktu yang sangat mustajab untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT. Doa-doa tersebut akan didengarkan langsung oleh para malaikat yang diturunkan oleh Allah ke bumi dan akan segera menyampaikan doa-doa manusia di waktu-waktu solat yang mustajab kepada Allah.



Dengan mengetahui waktu-waktu solat yang utama dalam solat Tahajjud, tentu kita semua akan lebih meningkatkan ketakwaan serta keimanan kepada Allah SWT atas segala nikmatn-Nya di waktu-waktu yang tidak banyak orang memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.
          

TIPS BANGUN SOLAT TAHAJJUD


1.  Ikhlas 

Kita harus bersikap ikhlas kepada Allah SWT. Hanya Allah yang boleh melihat lita solat malam sementara orang lain tidur.

Kita perlu menunjukkan pada Allah bahawa kita mencintai-Nya secara ikhlas dengan perilaku dan perkataan kita.


2.  Mengetahui keuntungan solat malam.

     a) Solat malam mampu membersihkan jiwa dan menghilangkan kemalasan.
     b) Orang yang melaksanakan solat malam mendapat ganjaran atau pahala            yang tidak didapat oleh sebagian besar umat manusia.
     c) Solat malam adalah salah satu cara bersyukur pada Allah (dan siapa yang          bersyukur akan ditambah rezekinya).
     d) Solat malam mencegah perbuatan dosa.
     e) Solat malam adalah ketika pintu-pintu langit dibuka, doa dijawab dan                kebutuhan mereka yang meminta akan dipenuhi.
     f)  dan masih banyak lagi.


3.  Tidur Menghadap ke Kanan

Mungkin secara logiknya jantung berada di bahagian kiri dada, dan dengan tidur menghadap ke kanan, maka jantung akan tetap berada di atas. Dengan ini. seseorang tidak akan tidur secara dalam hanya tidur ringan. Jika seseorang tidur menghadap ke kiri, maka ia akan tidur dengan sangat pulas (tidak sesuai jika ingin bangun pagi-pagi)


4.  Berwudhu Sebelum Tidur

Mungkin biasanya kita dianjurkan untuk mencuci kaki sebelum tidur, tetapi jika kita ingin bangun malam untuk solat Tahajjud, maka berwudhu sebelum tidur akan lebih baik. Dengaan begini, kita akan mengingat Allah sebelum tidur.


5.  Tidur Lebih Awal dan Baca Doa

Ketika kita akan tidur, maka kita perlu berniat untuk bangun solat malam, dengan membaca doa berikut:
  • Baca SubhanAllah (33 kali), Alhamdulillah (33 kali) dan Allahuakbar       (34 kali) - Total 100 
  • Baca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas dan Surah Al-Kafirun
  • Baca Ayat Kursi, untuk melindungi diri dari syaitan sehingga kita boleh bangun lebih awal. Ini berdasarkan hadis berikut.
"Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah Ayat Kursi, nescaya Allah akan senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi"
(HR. Al-Bukhari)

  • Membaca doa sebelum tidur.

بِسْمِكَ اَلَّلهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

"Dengan menyebut nama-Mu Ya Allah aku dihidupkan dan aku dimatikan"


6.  Elakkan terlalu Banyak Makan dan Minum Sebelum Tidur

Sebaiknya tidak makan kira-kira 2 jam sebelum tidur.


7.  Hindar Hal yang Makruh Sebelum tidur

Ada beberapa hal yang makruh yang sepatutnya dijauhi untuk dilakukan sebelum tidur. Diantaranya:

Makruh tidur di atas dak terbuka, berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh sahabat 'Ali bin Syaiban bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang tidur malam di atas atap rumah yang tidak ada penutupnya, maka hilanglah jaminan darinya" (HR. Bukhari).

Makruh tidur dalam posisi telengkup (perut sebagai tumpuan), Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya cara berbaring seperti ini (telungkup) adalah cara berbaringnya penghuni neraka" (HR Ibnu Majah)

Demikian diantara amalan-amalan ringan yang bisa dilakukan oleh seorang muslim sebelum tidur.

Semoga Allah memudahkan kita dalam setiap kebaikan di sisa umur kita. Amiin.
(Muhammad Rezki Hr)



Salam sayang dari

Syila Rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.