بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Wednesday, June 12, 2013

Keluarga Bahagia


Semua orang mempunyai keinginan ingin memikliki keluarga yang bahagia. Kali ini kak Syila kongsikan petua untuk memiliki keluarga bahagia. Petua ini dikongsikan dari Ustazah Siti Nur Bahiyah. Mari sama-sama kita selami apakah petua tersebut.


1.  P yang pertama ialah 'PUJI' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2.  Katanya, P kedua ialah 'PELUK' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selaalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3.  P seterusnya ialah 'PENGHARGAAN' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4.  'PERHATIAN' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tip Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5.  P seterusnya mewakili 'PERSEFAHAMAN'. Dalam kehidupan persefahaman sangat diperlukan.

6.  Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'PERGAULAN' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan massing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batass, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7.  P adalah 'PERCUTIAN' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8.  Katanya lagi P yang terakhir 'PERMOHONAN' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Jadi, sentiasa amalkan dan jangan lupa berdoa semoga hidup kita sekeluarga dilindungi ALLAH. Amin.


Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan meniumbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat 31 


A031

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani



surah Al-Imran ayat 200 bagi mengurangkan panas baran suami


A200
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumahtangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga. 


Syila Rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.