بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Thursday, June 13, 2013

Khasiat Berwuduk Sebelum Tidur


Apakah anda sering berwuduk setiap kali setiap kali sebelum tidur? Amalan berwuduk sebelum tidur sebenarnya sangat mudah untuk dilakukan tetapi ramai di antara kita mengabaikannya. Khasiatnya cukup banyak kepada sesiapa yang menjadikannya sebagai amalan sebelum tidur.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap "Ya Allah ampunilah hambaMu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci,
(Hr Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).


Sesungguhnya berwuduk bukan sekadar membasahkan muka dari air sahaja, bahkan jumlah kuman pada orang yang berwuduk adalah lebih sedikit berbanding orang yang tidak berwuduk. Dengan menghirup air ke dalam hidung, kita dapat mencegah timbulnya penyakit dalam hidung. Begitu juga dengan bahagian anggota wuduk yang lain, secara tak langsung berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wuduk sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.



Dengan berwuduk tubuh kita akan berasa segar. Setiap kali kita berwuduk, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Tentu kita tidak pernah terfikir akan hal yang betul-betul luar biasa ini!




Di samping itu tentunya anjuran untuk berwuduk juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.



Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I'jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah Al Nabawiyah menjelaskaan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wuduk sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-yela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuk telinga hingga membasuh kaki hingga mata kaki.



Para pakar kesihatan di dunia juga sentiasa mengaanjurkan agar kita mencuci kaki, mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agara dapat menjaga kesihatan kulit muka.



Di samping itu tentunya anjuran untuk berwuduk juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.





Khasiat berwuduk sebelum tidur:

  1. Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wuduk, maka fikiran kita akan beraasa tenang. Badan juga akan terasa segar.
  2. Mencerah kulit wajah. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah kerana pretasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita akan sentiasa bersih dan menjadi cerah.
  3. Didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah.


Besar sungguh manfaat berwuduk yang kadang-kadang kita tidak sedar atau tak ambil berat. Oleh kerana itu, sentiasalah berwuduk kerana Allah.


Syila Rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.