بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Berpegang kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah.

Friday, June 28, 2013

Rahsia Pelangi


Pelangi terbentuk apabila matahari dan hujan muncul bersama. Adakah mereka berhubung antara satu sama lain? Semua garisan warna pelangi adalah sama.

Warna-warna tersebut ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Garisan warna-warna ini tidak berubah dan tidak bercampur. Adakah titisan air menentukan sendiri warna pelangi?

Berjuta-juta titisan hujan diperlukan untuk menghasilkan pelangi. Walau bagaimanapun, pelangi tetap mempunyai bentuk yang sama. Ia tidak berubah kepada bentuk lurus atau mencondong. Bentuknya sentiasa melengkung. Mengapakah pelangi tidak terkeliru dengan bentuknya?

Adakah cahaya matahari membentuk pelbagai jenis warna mengikut kehendak sendiri? Adakah titisan air memilih untuk memantulkan cahaya dengan kehendak sendiri? Adakah pelangi kelihatan cantik mengikut kehendak sendiri? Sudah tentu tidak. Jadi, siapakah yang berkuasa menjadikan semua ini?

Titisan hujan, matahari dan alam semesta tidaak mempunyai kuasa untuk mencipta pelangi. Allah SWT yang mencipta matahari, hujan dan seluruh alam semesta.

Pelangi akan terjadi jika ada cahaya matahari dan hujan. Pelangi ialah lapisan-lapisan warna yang menghiasi langit. Pelangi hanyalah sebuah imej. Ia merupakan sekumpulan cahaya yang wujud apabila cahaya matahari yang terbias melalui titisan air di udara. Kita pasti tidak akan berasa jemu untuk melihat keindahan pelangi.


Butir-butir air hujan itu ada yang kecil ada yang besar. Butir hujan yang besar berukuran 2 milimeter sedangkan yang kecil berukuran 0.01 milimeter. Warna-warni pelangi yang indah ini akan muncul lengkap dan bagus jika sinar matahari mengenai butiran air hujan yang besar. Butir air hujan yang kecil akan menghasilkan pelangi yang bertindih dan berwarna pucat.


Cahaya matahari wujud hasil daripada campuran pelbagai jenis cahaya. Sesetengah objek seperti air, cermin dan kristal memisahkan cahaya matahari kepada beberapa warna.


Titisan air hujan juga memisahkan cahaya matahari. Pelangi terjadi apabila matahari muncul semasa hujan. Matahari dan hujan perlu muncul bersama-sama untuk menghasilkan pelangi.


Pelangi hanya muncul di waktu pagi dan petang yang cerah. Pelangi yang panjang akan muncul jika hujan terjadi pada waktu pagi dan petang. Pelangi tidak akan muncul walaupun hujan dan matahari bersinar terang pada pukul 12 tengahari. Di bawah pelangi, langit kelihatan selalu terang kerana sinar warna - warni pelangi kembali menjadi satu.


Mengapakah Pelangi Kelihatan Melengkung?

Pelangi berbentuk separuh bulatan. Ia seakan-akan bermula pada satu titik dan berakhir pada titik yang lain. Bumi berbentuk sfera. Atmosfera yang meliputi bumi juga berbentuk sfera. Disebabkan atmosfera berbentuk sfera, maka pelangi kelihatan melengkung.


Kebanyakan ciptaan Allah SWT bersifat geometri. Semuanya mempunyai bentuk-bentuk tertentu. Geometri objek menunjukkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.


Syila Rapal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.