Sebelum ini kak Syila kongsikan fadhilat solat Subuh. Hari ini kita sama-sama membaca fadilat solat Dhuha pulak ye. Untuk 2 waktu solat ini, kebanyakkan dari kita sering tertinggal kerana kepenatan badan atau kesibukkan kerja.
Sebelum ini kak Syila kongsikan fadhilat solat Subuh. Hari ini kita sama-sama membaca fadilat solat Dhuha pulak ye. Untuk 2 waktu solat ini, kebanyakkan dari kita sering tertinggal kerana kepenatan badan atau kesibukkan kerja.
Mengapa perlunya Solat Dhuha.
Ianya Amalan berbentuk sedekah. Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah SWT. Justera itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggungjawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahi'anh, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat Solat Dhuha.
- Hadis riwayat Imam Muslim
Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah SWT sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang siang hari. Daripada Nu'aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.
- Hadis riwayat Imam Abu Dawud
Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dguha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu'anh, dia berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang Sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.
- Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Solat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah SAW keluar menuju tempat Ahli Quba' yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat seriknya matahari.
- Hadis riwayat Imam Muslim
Tatacara Perlaksanaan Solat Dhuha
Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 mint).
Menurut Syaikh al-'Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti.
Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.
Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:
Daripada Anas radhiallahu'anh, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solah Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat.
- Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari.
- Hadis riwayat Imam Muslim
Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling manimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu.
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali keduaa
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Insya Allah dengan perkongsian fadilat solat Dhuha ini, kita semua lebih memandang berat untuk melakukan solat dhuha. Solat Dhuha bukan sekadar untuk menjemput rezeki masuk dalam kehidupan kita tetapi adalah untuk menunjukkan tanda kesyukuran kita terhadap nikmat Allah pada hambaNya.
Salam sayang dari
Syila Rapal
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.